Bayi Usia 6 Bulan Hidap Tumor, Ibu Bapa Atikah Tagih Doa Ramai Cepat Sembuh

Bagi ibu bapa, kesihatan serta kebajikan anak-anak adalah paling penting. Melihat mereka dapat membesar dengan sihat dan ceria di hadapan mata adalah impian setiap suami isteri. Namun begitu, siapalah yang dapat menyangkal takdir yang telah ditentukan Allah S.W.T apabila anak yang masih kecil telah disahkan menghidap tumor ketika baru berusia 4 bulan. 

BACA: Baru 3 Jam Dilahirkan, Bayi Hilang Nyawa Gara-Gara Si Ibu Beri Minum Air Masak

Tak sangka muntah berlarutan menjadi petanda masalah tumor

Advertisement

Kisah sedih berkenaan telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Mariati Kamarulzaman. Perkongsian itu dilihat tular setelah mendapat perhatian ramai. Nor Atikah yang kini berusia 6 bulan telah disahkan menghidap Embryyonal Tumor With Multilayered Rossettes Stage 4. Masalah tersebut dikesan setelah bayi tersebut kerap muntah dengan laju selepas menyusu disertai dengan kahak. Malah, mata kanak-kanak berkenaan turut bertukar juling. Selepas hampir beberapa kali pemeriksaan dilakukan, bayi itu akhirnya dirujuk ke pusat perubatan. 

Advertisement

Tumor dibuang, kanser otak menyerang

Di usia yang sangat muda, kanak-kanak berkenaan telah terpaksa menjalani lebih kurang 3 operation sebagai prosedur membuang ketumbuhan yang ada di kepalanya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, insan kecil itu disahkan pula menghidap kanser otak tahap empat yang sudah mula merebak sehingga ke saraf tunjang setelah hampir 80 peratus tumornya berjaya dibuang. Susulan itu, perlu menjalani rawatan kemoterapi dengan kerap sebagai rawatan susulan. 

Advertisement

Terlalu berat ujian buatmu sayang

Perkongsian itu nyata mencetus rasa hiba netizen apabila melihat bayi yang masih belum mengenal apa-apa terpaksa melalui prosedur yang sangat menyakitkan. Ramai dilihat menitipkan doa buat keluarga serta kanak-kanak tersebut supaya dipermudahkan urusan dan cepat sembuh. 

Advertisement

Sumber: Facebook Mariati Kamarulzaman

Advertisement

Apa Komen Anda?