Viral Inspirasi

Bekas Anggota TUDM Menangis Di Hari Merdeka, Diberhentikan Sebab Ambil ‘Barang’

Bekas Anggota TUDM Menangis Di Hari Merdeka, Diberhentikan Sebab Ambil ‘Barang’

Walaupun sudah 2 hari berlalu sejak sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-65 berlangsung, masih banyak video yang menyuntik semangat patriotisme melintasi media sosial kita semua. Baik di Dataran Merdeka mahupun di negeri-negeri lain, acara berkenaan dijayakan dengan penuh meriah selain mengandungi 1001 kisah berbeza di sebaliknya.

BACA : Adik Bomba Viral Tertunjuk Jari Tengah, Rupanya Sempat Tidur Lena Masa Berarak

Bukan rezeki awak berkhidmat lama untuk negara

Video yang dikongsikan oleh netizen bernama Puan Farah ini juga sempat mencetuskan sebak ramai. Hadir ke acara merdeka berlokasi di Padang Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarga tercinta, terlihat suaminya mula menitiskan air mata manakala anak lelaki mereka memberikan tabik hormat kepada anggota keselamatan yang sedang berarak. Siapa sangka tangisan lelaki itu rupanya bersulam kenangan hitam yang sempat membelenggu diri suatu ketika dahulu.

@faraharemoy

rezeki allah dah diatur., nt anak dah besar. dia akan amik alih tempat abah#gadissenawang #faraharemoynewmiqa #faraharemoysenawang #doaaremoy

♬ Maafkan Aku – Syahriyadi

@faraharemoy

semoga anak mama mewarisi jejak abah @Hisyam Rayyanriz 🤲🏻. doakn ye semua#gadissenawang #faraharemoynewmiqa #faraharemoysenawang #doaaremoy #majlisbandarayaseremban #komandomalaysia

♬ original sound – Zatsu – A J A T 🇮🇩

Anggota yang dikesan terjebak dengan pengambilan ‘bahan terlarang’ akan diberhentikan serta merta

Berkongsi kisah lama dengan portal mStar, rupanya Encik Badrul Hasim merupakan bekas anggota TUDM (Pasukan Khas Udara : PASKAU) yang pernah berkhidmat selama 10 tahun. Namun pada tahun 2014, dia yang ditugaskan dalam satu operasi ke Lahad Datu terpaksa berjauhan selama 3 bulan daripada keluarga. Mula mengambil ‘benda terlarang’ akibat tertekan, kegiatan terbabit terbongkar setelah dia menjalani ujian air kencing sesudah kembali ke Semenanjung Malaysia.

Bekas Anggota TUDM Menangis Di Hari Merdeka, Diberhentikan Sebab Ambil ‘Barang’

Bekas Anggota TUDM Menangis Di Hari Merdeka, Diberhentikan Sebab Ambil ‘Barang’

Kini Encik Badrul kerja sebagai pengawal peribadi berbekalkan pengalaman lalu

Pangkat terakhir yang digalas adalah sebagai Laskar Udara Kanan (LUK) sebelum ditamatkan perkhidmatan pada 2016. Nasi sudah menjadi bubur, Encik Badrul akui menyesal dengan kekhilafan tersebut. Apalagi konflik itu menjadi penamat ikatan rumah tangganya dengan isteri pertama. Seakan mendapat peluang kedua, dia bagaimanapun bersyukur ditakdirkan mengenali seorang pengganti yang mampu menerima masa silam tersebut. Puan Farah sentiasa menjadi support system terbaik sehinggalah lelaki ini melangkah semula membina kehidupan baru.

Bekas Anggota TUDM Menangis Di Hari Merdeka, Diberhentikan Sebab Ambil ‘Barang’

Bekas Anggota TUDM Menangis Di Hari Merdeka, Diberhentikan Sebab Ambil ‘Barang’

Kredit : TikTok faraharemoy & Portal mStar

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bekas Anggota TUDM Menangis Di Hari Merdeka, Diberhentikan Sebab Ambil ‘Barang’

Facebook

Telegram