Bekas Isteri Sam Bunkface Pula Buka Mulut, Rupanya Dah 5 Bulan Berpisah!

Belum lagi reda dengan berita keruntuhan rumahtangga Datuk A. Aida, terbaru pula sebuah akhbar tempatan telah melaporkan satu lagi berita percer4ian melibatkan seorang vokalis dari kumpulan Bunkface, iaitu Sam. Menurut bekas isterinya Aida Azira, mereka secara rasmi telah berpisah pada hujung Januari lalu atas keputusan bersama dan kedua-dua belah keluarga turut merestui keputusan itu. 

BACA: Pisang Berbuah 4 Kali, Ini Dia Sejarah Keruntuhan Rumah Tangga Datuk A. Aida!

Pendedahan itu telah dibuat oleh Aida Azira sendiri pada Harian Metro kerana enggan orang ramai terus salah faham dan menganggap mereka masih lagi suami isteri. 

Sebab dah tak sehaluan & tiada persefahaman

Saya tak mahu timbul kekeliruan bahawa kami masih bersama

 

Menyifatkan tiada lagi persefahaman antara mereka yang menjadi punca kepada perpisahan itu, Aida Azira akui mereka kini masih lagi berhubungan baik demi anak kecil mereka, Maleeq yang  berusia 2 tahun. 

Sam dan Aida Azira telah berkahwin pada bulan April 2015. Pergolakan rumahtangga mereka mula dihidu apabila Sam bertindak memadam semua foto Aida di Instagram dengan alasan ingin menggunakan media sosial itu untuk tujuan kerjaya saja. 

Sumber: Harian Metro

Apa Komen Anda?