Viral Kehidupan pengajaran

Bekas Majistret Taubat Makan Rasuah, Keluarga Alami Karma Pilu Asbab Wang Haram

Bekas Majistret Taubat Makan Rasuah, Keluarga Alami Karma Pilu Asbab Wang Haram

Dalam dunia korporat melibatkan firma-firma gergasi tidak kira sektor awam atau swasta, kegiatan rasuah seakan menjadi satu benda biasa. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur jua ke tanah. Demikianlah ayat paling tepat bagi menggambarkan jenayah yang pernah dilakukan oleh Mohd Firdaus Ramlan dalam hidupnya.

BACA : Terdetik Kembali Ke Fitrah Asal, Pemergian Kawan Mak Nyah Beri Keinsafan..

Ketika bekerjaya saya gagal menjaga solat secara sempurna, akhirnya itulah yang mendorong saya

Ditahan pada tahun 2009 atas kesalahan meminta dan menerima suapan, memori dipenjarakan selama 3 tahun cukup memberikan pengajaran. Kehidupan yang dahulunya cukup senang dan dapat membahagiakan keluarga tersayang cuma bertahan sementara angkara sifat tamak membuat ‘duit tepi’ dengan cara salah. Sekarang, bekas Majistret (Hakim Mahkamah Rendah) ini telah bergiat aktif sebagai penceramah bebas dalam menyebarkan kesedaran tentang bahana rasuah.

Bekas Majistret Taubat Makan Rasuah, Keluarga Alami Karma Pilu Asbab Wang Haram
Gambar sekadar hiasan

3 tahun sebagai penjawat awam, saya kutip duit rasuah bagi keluarga makan duit haram

Tidak cukup meringkuk di penjara, Tuan Mohd Firdaus mengimbau kisah meruntun jiwa tentang bagaimana keluarganya mendapat ‘tempias’ karma atas dosa yang pernah dilakukan. Sekitar 14 hari sebelum keputusan perbicaraan dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Tinggi, adik serta ibu bapanya terlibat dalam satu kejadian menyayat hati dan serentak ‘pergi’ menghadap Ilahi. Selain itu, lelaki berusia 40 tahun ini juga pernah mengalami hal pelik di mana mulutnya tidak boleh menyebut huruf Alif ketika hendak membaca Al-Quran.

Key point dia, jagalah solat…Sangat tinggi nilai nasihat dia…Keberanian mengaku kelemahan diri

Melalui ruang komen, ramai yang merasa terjentik dengan pendedahan menginsafkan oleh Tuan Mohd Firdaus. Justeru itu, mereka turut berharap agar perkongsian sebegitu juga dapat membuka mata pihak-pihak berkepentingan di luar sana agar tidak semberono mengambil rasuah bagi memuaskan nafsu materialism mereka.

Bekas Majistret Taubat Makan Rasuah, Keluarga Alami Karma Pilu Asbab Wang Haram

Bekas Majistret Taubat Makan Rasuah, Keluarga Alami Karma Pilu Asbab Wang Haram

Bekas Majistret Taubat Makan Rasuah, Keluarga Alami Karma Pilu Asbab Wang Haram

Bekas Majistret Taubat Makan Rasuah, Keluarga Alami Karma Pilu Asbab Wang Haram

Kredit : TikTok Faizalsj, YouTube Sinar Harian & FB Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bekas Majistret Taubat Makan Rasuah, Keluarga Alami Karma Pilu Asbab Wang Haram

Facebook

Telegram