Family Inspirasi Viral

“Belajar Dari Youtube Je”- Adik Kecil Ini Selamba Tunjuk Handal Lipat Tanjak

“Belajar Dari Youtube Je”- Adik Kecil Ini Selamba Tunjuk Handal Lipat Tanjak

Sharing is caring!

Kalau sebut pasal kanak-kanak, pasti ada saja keletah yang mencuit hati. Tambahan pula, dengan sifat mereka yang suka mencuba atau belajar sesuatu yang baru. Di usia sebeginilah, kanak-kanak ini sering bereksperimen dengan apa yang sering dilihat dan berada di sekeliling mereka. Tak ubah seperti seorang budak lelaki ini yang tular di Twitter apabila menunjukkan kehandalannya melipat tanjak. 

BACA: Viral Kanak-Kanak Persis Model Mixed, Ibu Kongsikan Petua Bulu Mata Lentik

Bakat macam ni perlu untuk kekalkan budaya kita 

Aksi kanak-kanak tersebut dimuat naik oleh sepupunya dan telah mendapat reaksi yang positif dari netizen. Tanpa kelihatan kekok, budak tersebut menunjukkan cara melipat tanjak ala-ala ‘tutorial’ di laman Youtube. Satu persatu arahan dan cara untuk melipat tanjak dipertontonkan walaupun sempat diusik saudara mara yang lain. 


Bila tanya belajar dari mana ‘dari youtube je’

Apabila ditanya dari mana dirinya belajar kemahiran tersebut, ringkas dia menjawab hanya belajar melalui laman Youtube. Malah bukan itu sahaja, budak lelaki itu turut berniat untuk menjadikan skil yang dimiliki sebagai satu platform bisnes  untuknya terutama pada musim perayaan. 

“Belajar Dari Youtube Je”- Adik Kecil Ini Selamba Tunjuk Handal Lipat Tanjak

Nanti raya boleh buat bisnes, ikat tanjak dengan ikat sampin


Video tersebut nyata telah menarik perhatian netizen dengan skil yang ada pada kanak-kanak itu sehingga mendapat jumlah tontonan lebih 93,000 beserta 6,000 retweet. Rata-rata netizen merasa kagum dan bangga melihat dirinya beraksi di hadapan kamera dengan penuh yakin. 

“Belajar Dari Youtube Je”- Adik Kecil Ini Selamba Tunjuk Handal Lipat Tanjak “Belajar Dari Youtube Je”- Adik Kecil Ini Selamba Tunjuk Handal Lipat Tanjak “Belajar Dari Youtube Je”- Adik Kecil Ini Selamba Tunjuk Handal Lipat Tanjak

Sumber: Twitter KhairiKj


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini