Beberapa bulan lalu, baju fesyen ‘turun naik’ telah menjadi tular di media sosial menyaksikan ramai wanita membuat video lucu dengan pergerakan ke atas dan ke bawah. Fabrik jenis plisket ini boleh dikatakan tidak memeri di badan selain memberikan keselesaan kepada setiap pemakai memandangkan ia tak terlalu tebal.
BACA :Â Isteri Lama Sangat Shopping, Gelagat Para Suami Disidai Luar Premis Lucu Habis
@dofipasaribu #kutinggalturunnaik #turunnaik kalau sudah naik jangan lupa turun!
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Harga 1 baju RM99, dia promosi 2 baju RM140…Sampai-sampai, bajunya turun terus
Namun bagi kisah wanita di bawah, ternyata dia mempunyai pengalaman buruk apabila baju ‘turun naik’ yang dibeli umpama indah khabar dari rupa. Terpedaya dengan harga promosi yang dipaparkan penjual, dia terus membeli sebanyak 2 helai dan akhirnya merasa kecewa kerana tidak berpadanan dengan saiz badan ditambah masalah ketat di lengan.
Tidak naik, tidak turun…Kalau iklankan barang biarlah betul…Ini barang dari China
Bukan sahaja kainnya tidak boleh diregangkan, malahan dia geram kerana baju itu tidak ‘melantun-lantun’ persis yang diiklankan. Lebih lucu lagi, pengguna TikTok ini menyifatkan dress tersebut hanya terus turun tanpa naik langsung. Jelasnya lagi, pembelian itu merupakan hasil urusan bersama penjual lelaki dari negara China.
@chis04305
Material kain turun naik yang original mahal sis…1 baju blouse saja dah RM600, apalagi dress
Melalui ruangan komen, ramai akui merasa terhibur melihat wanita berkenan melepaskan kemarahan terhadap barang yang tidak memenuhi ekspektasinya. Pun begitu, ada yang mendedahkan baju asli jenis ‘turun naik’ memang sangat mahal iaitu mencecah ratusan ringgit sepasang.
Kredit : TikTok dofifasaribu & chrislee04305
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura