Beli iPhone Sebab Kamera, Tapi Tak Sampai 24 Jam Beli Dah Jatuh Sampai Pecah!

Sesuatu yang dibeli dengan sejumlah wang yang besar pastilah akan dihargai dan disayangi sepenuh hati, terutamanya yang melibatkan barangan peribadi seperti telefon bimbit. Begitulah yang dapat digambarkan dengan perasaan seorang lelaki ini. Kerana meminati ciri-ciri dan kualiti kamera yang terdapat pada iPhone, dia telah membeli iPhone X dan berhasrat untuk memakainya dalam tempoh yang lama. 

BACA: ‘Ayah Solat Saf Depan, Dia Dengar Bunyi Telefon Tapi Tak Tahu Tu Saya Punya..

Namun, saat-saat bahagianya berjaya memiliki telefon canggih itu bagai terhenti apabila iPhone yang dibelinya tak sampai 24 jam itu tercampak keluar daripada kotak dan terjatuh di atas jalan tar di depan mata kepalanya sendiri.

Akibatnya, beberapa bahagian telefon pintar itu tercalar dan retak, termasuklah bahagian kamera. 

Gambar sekadar hiasan

Pada awalnya, dia begitu takut dan berhati-hati ingin menggunakan telefon itu ketika baru dibeli. Sebaliknya dia berhasrat ingin menggunakannya hanya selepas dipasang tempered glass & protection di kedai kerana takut tercalar. 

Punyalah takut calar.. esoknya sampai kedai nak turun kereta…

iPhone terpelanting keluar.  Pedih sampai ulu hati rasa 

Beli sebab kamera, kamera lah yang kena. Huhu

Sebalik apa yang terjadi, lelaki ini telah menyampaikan mesejnya kepada netizen berkaitan apa yang berlaku kepadanya. Menurutnya, sesuatu perkara buruk itu berlaku disebabkan hati kita. Ini kerana apa yang dirasai dalam hati itulah sebenarnya doa kita. 

Selalu jadi.. benda yang kita takut sangat, benda itulah yang terjadi 

Berhati-hatilah dengan perasaan awak

Jangan terlalu fokus dengan apa yang awak taknak.  Fokus sahaja pada perkara yang awak nak.. Ketakutan adalah doa untuk perkara yang awak taknak. Awak menarik apa yang awak takutkan. Hati-hati 

Sumber: FB Afnan Rosli

Apa Komen Anda?