Beli Patung Cukup Sifat Dari Sarawak, Akhirnya ‘Benda’ Ikut Balik Cari Tuan

Ramai ibu bapa teruja untuk membelikan anak patung sebagai permainan buat anak perempuan mereka. Ini kerana anak patung adalah mainan yang sesuai untuk membentuk jiwa lembut dan keibuan dalam jiwa kanak-kanak perempuan. Dalam sebuah perkongsian Facebook  oleh seorang ibu, Puan Muda Nina Dyssabell, beliau berkongsi kisah tersalah langkah membelikan patung mirip budak perempuan untuk anak perempuannya.

BACA: “Aneyy Tingkat 20 Mana Ada Orang..”- Kisah Seram Pekerja Lif Kondo Setapak Ria

Menurut Puan Nina,  atau panggilan mesra mama Hanna, patung yang cukup sifat ini selalunya boleh ‘ditumpang’ oleh ‘benda-benda’ yang tidak elok.

Takyah la beli patung yang cukup sifat macam ni. 

 

Puan Nina juga memberitahu bahawa beliau diganggu dengan pelbagai kejadian aneh sejak membeli patung tersebut. Beliau merasakan seolah-olah diperhati oleh sesuatu. Seringkali juga anaknya berperlakuan seolah-olah nampak sesuatu di tandas.

Tendang katil mama Hanna

 

Disebabkan tidak mampu menahan gangguan-gangguan tersebut, Puan Nina nekad untuk meminta bantuan seorang ustaz. Menurut ustaz berkenaan, di dalam patung tersebut terdapat ‘benda’ ingin mencari tuan.

Benda menumpang dari Sarawak yg tidak bertuan, ingin cari tuan..

Perkongsian Puan Nina telah mendapat pelbagai respon dari rakan-rakannya. Lebih mengejutkan, rupa-rupanya pengalaman yang dialami oleh Puan Nina ini juga dialami oleh seorang rakannya yang lain.

Tengah2 malam dok rasa dada dia ada denyutan jantung..

 

Sumber: Puan Nina Dyssabell

Apa Komen Anda?