Ramai anak-anak muda zaman sekarang ini sedang bertungkus lumus untuk mencari rezeki dan mengumpul asset seperti rumah dan kereta untuk kegunaan sendiri pada hari tua nanti. Namun mungkin akibat daripada masalah yang dihadapi atau mempunyai komitmen lain, ada juga anak-anak muda yang terpaksa menangguhkan dahulu niat untuk memiliki harta sendiri.
BACA: Usah Sebut ‘Takda Duit’ Walau Kesempitan, Bersangka Baiklah Dalam Hal Rezeki
Jangan jadikan faktor umur sebagai alasan untuk berjaya
Menerusi bebenang oleh pemilik akaun Twitter @RozmizaRozman, faktor umur bukanlah alasan untuk membuat perbandingan terhadap pencapaian sendiri dengan orang lain. Penasihat kewangan yang telah memiliki asset penting seperti rumah dan kereta sebelum usia 30 tahun itu, mengingatkan orang ramai untuk tidak terlalu merendahkan diri apabila melihat kejayaan orang lain kerana masing-masing mempunyai rezeki berbeza.
Berusahalah setiap hari untuk menjadi lebih baik dari semalam dan buatlah sesuatu yang membanggakan
Dalam perkongsian itu, wanita ini menekankan setiap orang supaya melakukan kerja mengikut minat dan citarasa masing-masing. Barulah kejayaan yang dikecapi itu mendatangkan rasa puas hati dan bangga dengan diri sendiri. Selain itu, peganglah pada motto hidup ‘aku lebih baik daripada dia’ bagi mengelakkan berlakunya perasaan untuk membandingkan diri. Hakikatnya rezeki dalam hidup itu luas kerana dia belum ada kesempatan untuk berjumpa jodoh dan dikurniakan keluarga sendiri seperti rakan-rakan lain.

Sumber: Twitter @RozmizaRozman
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura