Inspirasi Keibubapaan

Belum Berani Lepaskan Sendiri, Ibu Dipuji Gigih Pantau Anak Lepak Dengan Kawan

Belum Berani Lepaskan Sendiri, Ibu Dipuji Gigih Pantau Anak Lepak Dengan Kawan

Kata orang, membesarkan anak perempuan lagi susah berbanding jaga lembu sekandang. Sejak dahulu lagi, kita sering mendengarkan ayat ini tatkala melihat layanan terhadap anak gadis mereka lebih tegas berbanding anak lelaki. Kerap kali dilabel ‘suka mengongkong’, ibu bapa sebenarnya hanya berusaha mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada anak-anak.

BACA: Konon Minta Izin Keluar Tak Perlu Tanya Langsung, Sekali TerciduK Dibebel Mak

Mommy tak berani  lepaskan anak jalan sendiri dengan kawan…Biarlah Mommy jadi pengawal tak berbayar pun

Seperti yang dilakukan oleh @nadiasyida iaitu seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata di TikTok, dia tidak mempunyai keberanian untuk melepaskan anak gadisnya keluar dengan rakan-rakan. Video tersebut menyaksikan Puan Nadia sanggup menjadi ‘pengawal’ tidak berbayar mengikut puterinya keluar di sebuah pusat membeli-belah.

Belum Berani Lepaskan Sendiri, Ibu Dipuji Gigih Pantau Anak Lepak Dengan Kawan

Mommy pantau dari jauh… Yang penting anak dan kawan-kawan selamat

Tidak berniat ingin menganggu keseronokan si anak ketika sedang gembira dengan kawan-kawan yang lain, si ibu hanya ekori dan pantau mereka dari jauh. Menurutnya, melihat mereka selamat sudah lebih daripada cukup. Puan Nadia juga percaya kebanyakan pasangan suami isteri di luar sana pasti mempunyai perasaan ini jika mempunyai anak perempuan.


@nadiasyida

Nadia Syida | Real Estate Negotiator | IQI Realty | 0137000911

♬ suara asli – Mrs.attitude 🇮🇩 – Punya iyoo🖤

Sama macam saya, kalau anak keluar mesti kena ikut…Dulu rasa dikongkong tapi bila ada anak baru faham

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih hampir 130 ribu jumlah tontonan. Para ibu bersetuju dengan tindakan Puan Nadia dengan menyatakan mereka juga selalu buat perkara sama bila anaknya keluar. Pernah rasa diri dikongkong oleh ibu bapa semasa remaja, namun mereka sendiri faham perasaan tersebut selepas mempunyai anak.

Belum Berani Lepaskan Sendiri, Ibu Dipuji Gigih Pantau Anak Lepak Dengan Kawan


Belum Berani Lepaskan Sendiri, Ibu Dipuji Gigih Pantau Anak Lepak Dengan Kawan

Belum Berani Lepaskan Sendiri, Ibu Dipuji Gigih Pantau Anak Lepak Dengan Kawan

Belum Berani Lepaskan Sendiri, Ibu Dipuji Gigih Pantau Anak Lepak Dengan Kawan

Belum Berani Lepaskan Sendiri, Ibu Dipuji Gigih Pantau Anak Lepak Dengan Kawan

Kredit: TikTok nadiasyida & Instagram nadiasyida


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Belum Berani Lepaskan Sendiri, Ibu Dipuji Gigih Pantau Anak Lepak Dengan Kawan

Facebook

Telegram