Belum Hilang Ngilu Bersunat Kena Naik Bas, Netizen Sebak Lihat Adik Cekal Ini

Musim cuti sekolah sudah pun bermula. Ramai ibu bapa yang mengambil peluang ini untuk menyunatkan anak-anak lelaki mereka sementara masih bercuti. Kebiasaannya kanak-kanak yang sudah berkhatan akan dijaga dengan penuh berhati-hati supaya bahagian yang terlibat tidak mudah merasa pedih. Namun lain pula dengan seorang budak lelaki ini yang tular apabila kelihatan sangat tenang walaupun terpaksa menaiki bas tatkala dirinya baru sahaja selesai bersunat. 

BACA: Tradisi Keluarga Juadah Pulut Kuning Sempena Kucing Sunat Raih Tumpuan

Kuatnya awak, lepas bersunat terus naik bas

Advertisement

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh Nor Shabiha Khairi di laman Facebook. Dia dilihat menaiki bas awam bersama ibu serta adiknya yang masih bayi untuk pulang ke rumah selepas proses tersebut selesai. Sambil termenung ke luar tingkap, budak lelaki berkenaan gigih memegang kain pelekat yang dipakainya dengan bersendirian manakala ibunya duduk di bahagian lain. 

Moga Allah mudahkan segala urusan keluargamu

Advertisement

Foto yang tular itu bagaimanapun telah mengundang rasa sebak netizen apabila melihat kecekalan serta ketabahan yang terpaksa dilalui oleh anak kecil itu di usia muda. Rata-rata netizen turut tinggalkan kata-kata semangat buat kanak-kanak tersebut bersama ibunya dalam mengharungi dugaan mendatang dengan hati yang kental serta dipermudahkan urusan oleh Allah S.W.T. 

 

Advertisement

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?