Semenjak selamat melahirkan anak sulung pada tanggal 1 Oktober lalu, ramai peminat mengikuti perkembangan yang sering dikongsikan oleh pelakon Elfira Loy menerusi laman sosial Instagram. Daripada majlis kesyukuran pertama hinggalah ke babak suaminya, Faris Khairol Anuar melayan ragam dan mendodoikan anak di lewat malam, kesemua detik itu adalah antara kenangan yang pasti tidak akan dilupakan oleh parents muda ini.
BACA: Dipersenda Gara-Gara Tak Pandai Siang Ikan, Ini Jawapan Selamba Elfira Loy
Fuhhh…mencabar betul
Menerusi beberapa foto terbaru yang dimuat naik, Elfira Loy telah berkesempatan membawa Muhamad Rayyan Khalaf ke sesi pemeriksaan kesihatan pertamanya sekitar siang tadi. Selain semuanya berjalan lancar, selebriti berusia 25 tahun ini turut memaklumkan bahawa dia sudah susut 12kg setakat ini selepas genap sebulan melalui fasa berpantang.
Belum percaya dah jadi mak…mulut asyik tersasul panggil kakak
Dalam pada itu, pelakon telemovie ‘Aku Bukan Malaikat’ ini turut mengakui bahawa dia masih tersasul memanggil dirinya sebagai kakak. Perkara berkenaan didedahkan oleh Elfira apabila salah seorang rakannya seakan tidak percaya bahawa dia sudah pun bergelar seorang ibu. Terdahulu, dia pernah memuat naik foto dengan kapsyen yang berseloroh seperti itu.
Bushuk masham Mama…eh sorry kakak
Dulu pun sama…dekat setahun tersasul bahasakan diri kakak
Pengakuan tersebut nyata membuat ramai peminat terhibur kerana rata-rata mereka juga pernah melalui pengalaman yang lebih kurang sama sewaktu pertama kali menimang zuriat mahupun cucu sendiri juga. Tidak terkecuali juga, ada pihak yang memuji kecomelan Elfira dan Rayyan yang tak ubah seperti adik dan kakak gara-gara sentiasa menjaga penampilan agar tampak muda.
Sumber: IG elfiraloy
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
