Belum Sempat Diterima Pelanggan, Kek Habis Terbalik Gara-Gara Si Kecil Ini..

Tidak dinafikan, menjaga anak sama ada kecil mahupun yang sudah besar ada cabaran tersendiri. Hal ini kerana sudah menjadi lumrah mereka untuk bebas bermain dan mempelajari tentang perkara yang terdapat di sekeliling. Bagaimanapun akan terdapat beberapa waktu di mana kemarahan para penjaga diuji apabila mereka melakukan kesalahan besar. Itulah yang terjadi kepada seorang pengguna Twitter baru-baru ini apabila anak buahnya telah menterbalikkan kek yang dihasilkan untuk kliennya.

BACA: Anak Buah 5 Tahun Dapat Telefon, Habis Dikacaunya Tunang Makcik Guna Voicenote!

Anak buah buat hal…habis terbalik kek orang

Menurut gadis yang menggunakan nama akaun sebagai Qila ini, dia bagaimanapun tidaklah menyalahkan anak buahnya 100% kerana kanak-kanak itu baru berusia setahun lebih. Dan dia juga bernasib baik kerana makanan itu tidaklah rosak teruk dan masih boleh diselamatkan lagi.

Alhamdulillah dapat customer yang baik..

Meskipun posting terbabit menerima banyak komen netizen yang menyuruh Qila memberikan denda terhadap anak kecil itu, namun dia menyatakan bahawa tidak akan melakukan tindakan tersebut. Hal ini kerana dia turut mengakui insiden itu berlaku atas kecuaiannya sendiri.

Serius la terbalik sampai macam tu? Ingatkan sikit je

Sejak dikongsikan 2 hari lalu, posting terbabit telah mendapat perhatian ramai netizen dan meraih lebih 7 ribu retweets. Malah pelanggannya turut berpuas hati dan memuji hasil sentuhan dan baik pulih semula ke atas kek berkenaan.

Bila touch up kek macam asal…sis memang expert la

Comel anak buah…nak marah pun tak jadi

Sumber: Twitter ShMunirahQ

Apa Komen Anda?