Belum Setahun Pemergian Isteri, Ifan Seventeen Berkhalwat Dengan Bini Orang?

Terdahulu, vokalis kugiran Seventeen iaitu Ifan telah menerima tamparan besar dalam hidupnya selepas nahas ombak besar membadai di Tanjung Lesung Beach Resort, yang mengakibatkan kehilangan nyawa ahli kumpulan lain serta isterinya, Dylan Sahara. Namun begitu, Ifan kini sekali lagi menjadi perhatian masyarakat di negara tersebut apabila terpalit dengan skandal ditangkap khalwat di dalam rumah seorang model popular yang juga berstatus isteri orang bernama Citra Monica.

BACA: “Pulang Sama-sama Sayang” -Luahan Pilu Vokalis Seventeen Bertemu Jenazah Isteri

Menerusi video viral yang tersebar sejak beberapa hari yang lalu, Ifan Seventeen dilihat keluar dari bilik kediaman wanita tersebut dengan baju t-shirt hitam serta berseluar pendek berwarna merah jambu. Difahamkan suami kepada Monica juga telah membuat laporan kepada pihak p0lis atas insiden tersebut.

Penjelasan Monica ekoran insiden selingkuh dengan Ifan Seventeen…

Dia cuma tumpang solat di rumah..

Bagaimanapun, wanita yang didakwa berselingkuh dengan penyanyi lagu ‘Kelmarin’ itu menafikan kejadian tersebut, dan memberi alasan bahawa Ifan berada di kediamannya hanya untuk menumpang solat. Malah dia turut menambah lagi yang mereka bukan berdua-duaan sahaja di dalam rumah pada ketika itu.

Bagaimanapun, ternyata spekulasi itu mendapat reaksi yang negatif daripada netizen terhadap Ifan. Lebih-lebih lagi berkaitan pemergian isterinya yang belum pun sampai tempoh setahun.

Ingat bini kau boleh tenang? Yang isteri orang tu pun gatal melayan buat apa

Kesian Allayarham isteri dia…

Sumber: IG mStar & YouTube detikcom

Apa Komen Anda?