Benci Tengok Muka Isteri, Lelaki Tak Sangka Disihir Waktu Renjis Tepung Tawar!

Pernah dengar tentang ciri-ciri dan bahana sihir pemisah? Sekiranya tidak, anda patut tahu bahawa peranan utama sihir jenis ini adalah untuk menamatkan hubungan atau mencetuskan perbalahan di antara suami isteri seterusnya menghancurkan rumah tangga yang telah terbina. Walaupun hati rasa kasih san sayang terhadap partner masing-masing, namun gara-gara buatan orang ini saat bertentang mata saja pun sudah boleh menimbulkan rasa benci.

BACA: “Duit Ni 3 Bulan Duduk Dengan Aku. Dah Guna Pun, Dia Mesti Datang Balik..”

Dia ni tak pernah tengking isteri & anak-anak…sangat penyayang

Menerusi perkongsian yang pernah dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Muhammad Hassan ini, itulah situasi yang pernah menimpa salah seorang kenalannya. Jelas Hassan, dia pelik apabila rakannya ini tiba-tiba mahu berpisah dengan isteri sedangkan sebelum ini hubungan mereka baik-baik sahaja.

Angkara sihir…tengok muka isteri saja datang rasa benci

Lelaki itu pernah berhadapan dengan beberapa situasi yang pelik setiap kali pulang ke rumah. Malah rakannya pernah dimasukkan ke dalam lokap gara-gara memukul isterinya, sedangkan perkara itu tercetus hanya daripada suatu ‘bisikan’ saja.

Gambar sekadar hiasan

Kena masa renjis tepung tawar…guna gambar kahwin untuk upacara sihir

Selepas mendapatkan segala macam ikhtiar dan rawatan, akhirnya lelaki itu disahkan terkena buatan orang. Kata perawatnya, jin itu sukar untuk dipisahkan daripada badannya kerana disifatkan sebagai jenis yang agak kuat selain telah lama menetap di tubuhnya. Lebih menyedihkan, sihir ini telah diberikan sejak di majlis persandingan lagi. Dalam pada itu, foto kahwinnya turut digunapakai untuk melaksanakan amalan khurafat tersebut. 

Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Muhammad Hassan

Apa Komen Anda?