Bengang Dituduh Aniaya Isteri Sendiri, Suami Lufya Akhirnya Nekad Buat Report!

Beberapa minggu yang lalu, media sosial kita kecoh dengan berita krisis rumah tangga seorang penyanyi dan pelakon iaitu Lufya Omar. Suaminya, Che Muhammad Hafiz Che Baharum sebelum ini pernah menjatuhkan talak di Whatsapp setelah diminta. Namun tak lama kemudian, ada pula dakwaan mengatakan info itu tidak benar. Entah manalah kenyataan yang sebetulnya, namun begitulah pergolakan yang dihadapi mereka sehingga sekarang.

BACA: Jadi Rebutan Tunang Teman Wanita, Lelaki Ini Kahwini 2 Gadis Sekaligus!

Jangan berdiam diri

Pertelingkahan antara mereka berdua tidak berakhir di situ sahaja. Lufya kini dilihat giat menghadiri majlis-majlis agama bersama rakan artis dan berkongsi posting berkaitan nasihat rumah tangga bersama peminat. Wanita itu juga sempat memuat naik video dirinya bertemu dengan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew untuk mendapatkan pandangan mengenai cabaran sebagai ibu tunggal. Di  IG Story, sempat juga dia menitipkan nasihat padu apabila menerima soalan dari seorang netizen.

Belajar agama, keikhlasan hati dan niat kena betul

Menjengah ke Instagram suaminya yang juga seorang doktor, lelaki itu juga dilihat sempat memuat naik sebuah posting baru beberapa jam lalu.

Masyarakat mula pandang saya dengan negatif

Susulan tuduhan yang pernah diterima mengatakan dia pernah menganiaya isterinya, Dr Che Muhammad Hafiz pula nekad membuat laporan pada pihak berkuasa. Menurut portal mStar, keputusan itu dibuat bertujuan untuk membersihkan nama keluarga serta imejnya yang sudah buruk. Dedahnya lagi, dia mempunyai bukti dalam menafikan semua tuduhan yang dibuat Lutfya. Namun, dia enggan mengulas lebih lanjut tentang perkara tersebut memandangkan siasatan sedang dijalankan. 

Sumber: Portal Mstar, Dr Che Hafiz dan Lutfya

Apa Komen Anda?