Bengang Kapsyen IG Kena Ciplak, Cik Epal Tak Gentar ‘Warning’ Aliff Syukri!

Sebelum ini, blogger terkenal Cik Epal telah dikecam gara-gara isu riak selepas memaparkan suaminya membeli stroller berharga RM3,000 hanya kerana yang lama tertinggal di rumah. Kini, timbul pula isu baru apabila dia meluahkan rasa tidak puas hati selepas kaspyennya ‘dicuri’ oleh Dato’ Aliff Syukri. Selain mendedahkan perkara itu sendiri di laman Instagram miliknya, Cik Epal juga berani bertanyakan hal tersebut pada usahawan terkemuka itu sendiri!

Baca : Kena Kecam Pun Job Lebat Cik Epal Dedah Jumlah Income, Cecah Lebih RM50K!

Pada awalnya, Cik Epal mendapat satu kiriman mesej menerusi Instagram daripada pengikutnya yang mendedahkan kapsyen dalam posting dibuat oleh Dato’ Aliff.

Kenapa tiru kapsyen aku? Tapi ubah sikit-sikitkan?

Caption asli hasil penulisan Cik Epal…

Sekali pandang, hal ini kelihatan remeh. Namun, pastinya ia membengangkan Cik Epal selaku pemilik asal kapsyen tersebut.

Zaman blog orang tiru entry, zaman IG tiru kapsyen

Takkan Dato’ Aliff idolakan aku juga ni?

Jika menerjah semula ke ruangan posting Dato’ Aliff di Facebook, nampaknya dia sudah menukar kapsyen tersebut.

Sebelum dan selepas…

Namun, kapsyen berkenaan masih ada di Instagram milik Dato’ Aliff. Tanpa ragu-ragu, Cik Epal terus mempertikaikan hal tersebut di ruang komen.

Harap Dato gentle tak block saya…

Peduli apa aku…

Memang ayat-ayat aku…

Post asal 9 Jun…Dato update 21 Jun

 

Kemudian, Cik Epal menerusi posting  terbarunya mula menjelaskan mengapa dia agak kurang senang dengan tindakan menciplak penulisan ini.

Idea ni mahal…Tak semua orang boleh menulis

Sumber : Instagram Cik Epal, Aliffsyukriterlajaklaris & Facebook Alif Syukri Terlajak Laris

Apa Komen Anda?