Antarabangsa Isu Semasa

Berang Dengan Yang Masih Degil, Datuk Bandar Itali Nasihat Dengan Nada Gangster

Berang Dengan Yang Masih Degil, Datuk Bandar Itali Nasihat Dengan Nada Gangster

Sharing is caring!

Hari ini Itali mencatatkan rekod jumlah kematian tertinggi di dunia akibat penularan wabak COVID-19. Media tempatan melaporkan seramai lebih 700 individu yang tewas dalam masa 24 jam sekaligus merekodkan sebanyak lebih 5000 kematian sejak koronavirus mula menyerang negara tersebut.

BACA : Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3


Berang Dengan Yang Masih Degil, Datuk Bandar Itali Nasihat Dengan Nada Gangster
Gambar sekadar hiasan

Rakyat ambil sikap sambil lewa

Menurut Astro Awani, masyarakat di Itali masih mengamalkan gaya hidup seperti biasa walaupun pihak berkuasa telah mengisytiharkan darurat di wilayah tersebut. Wabak berkenaan yang pada mulanya hanya dibawa oleh dua orang warganegara China telah merebak dengan pantas hanya dalam masa dua bulan sahaja. Situasi tersebut juga jelas sedang dihadapi oleh segelintir rakyat Malaysia cuma perbezaannya adalah jurang nombor dengan negara tersebut.

Berang Dengan Yang Masih Degil, Datuk Bandar Itali Nasihat Dengan Nada Gangster
Gambar sekadar hiasan

Tidak boleh berlembut lagi

Mengenangkan arahan PKP tidak dipandang serius oleh orang ramai, pihak berkuasa telah bertindak menasihati dengan nada yang berlainan. Melalui video yang dikongsikan oleh Brenda Stoter Boscolo, Datuk Bandar Delia, Gianfilippo Bancheri telah membincangkan tentang tingkah laku penduduk bandarnya yang tidak bertanggungjawab. Dalam video tersebut, jelas menunjukkan beliau kecewa dengan masyarakat di sana sehingga dia mengkritik golongan yang suka bersenam di luar kediaman. Datuk Bandar tersebut juga menggambarkan mereka yang mengingkari perintah tersebut sebagai orang yang tidak serius dengan nyawanya.


Berang Dengan Yang Masih Degil, Datuk Bandar Itali Nasihat Dengan Nada Gangster

Sumber : Twitter Brenda Stoter Boscolo & Astro Awani


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Berang Dengan Yang Masih Degil, Datuk Bandar Itali Nasihat Dengan Nada Gangster

Sharing is caring!