Viral

Berang Kerana Diminta Air, Bapa Cuba Larikan Diri Lepas Hempas Anak Ke Lantai

Berang Kerana Diminta Air, Bapa Cuba Larikan Diri Lepas Hempas Anak Ke Lantai

Sharing is caring!

Setiap ibu bapa haruslah menerapkan sifat sabar dalam diri terutamanya jika mempunyai anak yang masih kecil. Jika gagal mengawal kesabaran, anak pula akan menerima akibatnya. Begitulah kejadian yang berlaku di Padang Rengas, Perak ini apabila seorang bapa naik berang dan bertindak di luar kawalan.

BACA: Ibu Bapa Jangan Cepat Naik Angin, Ada Cara Untuk Elak Anak Kencing Malam


Dibaling ke lantai…anak cedera dan benjol di kepala terkena bucu meja makan

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada 8:20 malam itu menyaksikan lelaki berusia 37 tahun terbabit membaling anaknya berusia 7 tahun ke lantai hanya kerana meminta air. Si kecil berkenaan turut mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat terkena pada bucu meja makan.

Berang Kerana Diminta Air, Bapa Cuba Larikan Diri Lepas Hempas Anak Ke Lantai
Gambar Sekadar Hiasan

Asalnya kerana anak ketuk kepala ketika makan malam

Menurut pihak berkuasa, isteri suspek yang berusia 40 tahun itu sedang menguruskan jadual waktu persekolahan anak mereka sebelum terdengar suara jeritan dan tangisan. Mengulas lanjut mengenai punca kejadian berkenaan, bapa terbabit naik marah apabila si anak mengetuk kepalanya sewaktu sedang menikmati makan malam.


Berang Kerana Diminta Air, Bapa Cuba Larikan Diri Lepas Hempas Anak Ke Lantai

Berang Kerana Diminta Air, Bapa Cuba Larikan Diri Lepas Hempas Anak Ke Lantai
Gambar Sekadar Hiasan

 

Baru sahaja dibebaskan dari penjara dan mempunyai banyak rekod jenayah

Bapa berkenaan melarikan diri sejurus kejadian tersebut namun telah berjaya diberkas oleh pihak berkuasa di rumahnya. Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit baru sahaja dibebaskan dari penjara 2 minggu lalu dan mempunyai sebanyak 5 rekod penggunaan bahan terlarang serta 2 jenayah.

Berang Kerana Diminta Air, Bapa Cuba Larikan Diri Lepas Hempas Anak Ke Lantai

Berang Kerana Diminta Air, Bapa Cuba Larikan Diri Lepas Hempas Anak Ke LantaiSumber: FB Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini