Pertemuan di antara Nadia Brian dan Mamat akhirnya menjadi satu realiti. Setelah membuat video bersama pada hujung bulan lepas, ramai juga netizen mengusik kononnya mereka berdua serasi sebagai bakal jodoh.
BACA :Â Menjerit Minta Salam Pagi Raya, Chacha Maembong Digigit Oleh Anak Emma
Ke hadapan budak Nadia, kalau kita declare saya tukar ‘Mamat Got No Chill’ jadi ‘Mamat Got Nadia’
Selain kolaborasi bersama Aeril Zafrel, baru-baru ini @mamatgotnochill turut diundang ke konti radio Era FM. Ketika itu, DJ meminta Mamat berikan ucapan istimewa andai kata Nadia Brian benar-benar ada di tempat sama. Sempat berseloroh akan menukar nama akaunnya kepada ‘Mamat Got Nadia’ sekiranya mereka berjodoh, dia akhirnya bertukar segan setelah tuan badan muncul dari belakang.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)
Saya harap pertemuan yang hari tu bukan yang terakhir…Harap ada pertemuan yang berkali-kali
Rupanya sepanjang berceloteh, dia langsung tidak sedar aktres tersebut sudah mendengar segala ayat yang diucapkan. Kemudian, Mamat juga menjadi malu-malu kucing apabila pelakon tersebut membacakan semula sepucuk surat yang ditulisnya sebelum ini.
Takpelah bang, enjoy jelah eh
Jika selama ini banyak membetulkan kesalahan si ‘budak Nadia’ di media sosial sahaja, kali ini mereka sama-sama menari menggunakan lagu popular di video TikTok. Meskipun ringkas, rakaman di ruangan reels itu berjaya meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan.
Kredit : Instagram Era
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura