Viral

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Sharing is caring!

Memandangkan boleh rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang ini, ramai pelajar ambil kesempatan untuk pulang ke kampus dan mengambil barang dari bilik kolej kediaman masing-masing Oleh itu, tidak hairanlah jika keadaan tempat berkenaan berubah setelah sekian lama ditinggalkan oleh para penghuninya.

BACA: Kolej Kosong Tapi Lampu Bilik Terbuka, Pemuda Cuak Diekori Tangisan Sayu

Berbulan tinggal sebab PKP, bilik habis bersepah

Pengguna Twitter bernama @chimchims berkongsi keadaan bilik kolej kediamanny setelah ditinggalkan sejak tempoh PKP lalu. Menerusi beberapa keping foto, barang di dalam kamar tersebut habis berselerak di atas lantai dan makanan yang tertinggal pula sudah membusuk.

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Speechless sebab jumpa bangkai kucing atas lantai

Lebih mengejutkan lagi, gadis ini terkedu apabila menjumpai bangkai seekor kucing di atas lantai dalam bilik kolej kediamannya itu. Menurut pelajar berkenaan, dia tidak pasti dari mana datangnya kucing terbabit dan kemungkinan haiwan itulah yang membuat sepah di dalam tempat itu akibat terperangkap serta kelaparan.

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Terkejut tengok…kesiannya si ‘Oyen’

Selain terkejut melihat keadaan tempat berkenaan, netizen juga meluahkan rasa simpati terhadap kematian kucing berwarna oren itu. Ada juga netizen menyarankan para pelajar yang dibenarkan untuk pulang semula ke kampus agar lebih berwaspada apabila memasuki kamar masing-masing. Perkongsian berkenaan mendapat lebih 2 ribu retweets setakat ini.

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Berbulan Tinggal Sebab PKP, Pelajar Terkedu Bilik Bersepah & Ada Bangkai Kucing

Sumber: Twitter @thechimchims

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!