Jarang mencetuskan kontroversi murahan seperti founder lain, kehidupan Cik Epal dan Jofliam sering menjadi perhatian para pengikut setia di segenap media sosial. Baru-baru ini juga, percutian keluarga ini ke bumi Finland yang masih seperti dalam suasana perayaan Hari Krismas turut menjadi bualan.
BACA : Lepas Viral Kasut RM16K, Cik Epal Bercuti Habis RM40K Untuk Tiket Flight Sahaja
Dari kecik tengok Santa Claus…Berangan nak masuk dalam movie walaupun kita tahu benda tu fiksyen
Ibarat melompat masuk ke alam fantasi Frozen, mereka dilihat sungguh teruja saat memasuki pusat peranginan Santa Claus Village di Rovaniemi, Lapland Finland. Antara aktiviti paling menarik perhatian adalah menunggang anjing Husky dengan bayaran sekitar RM2000 untuk 4 orang.
Han & Yuki pun suka…Macam masuk dunia lain
Selama 1 jam, mereka dibawa bersiar-siar ke dalam hutan bersalji itu sambil dibawa oleh 5 ekor Husky serta seorang penjaga destinasi di hadapan. Walaupun ini cubaan pertama kali, terlihat 2 orang anak Cik Epal juga cukup seronok dan tidak takut ketika aktiviti itu dijalankan.
Lepas ni ramailah tiru Cik Epal datang sini naik husky
Sejak dikongsikan ke lama Instagram, video mereka sudah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan. Keterujaan keluarga ini malah seakan dirasai oleh netizen yang mula tertarik untuk bercuti ke sana.
Walaupun cuma saksikan di kaca telefon saja, mereka merasakan seolah-olah sedang mengikut Cik Epal bercuti. Perasaannya seperti turut sama-sama menaiki Husky Ride.
Dalam pada itu, peminat menyifatkan percutian Cik Epal kali ini cukup unik. Ini kerana, lokasi pilihan makan angin keluarganya juga tidak klise.
Kredit : IG Cik Epal
🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
