“Berdekah Ketawa” – Jihan Buat Parodi BoBoiBoy Jadi Yaya, Sumpah Lawak Habis!

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak yang dicungkil daripada program Raja Lawak Musim Ke-3 ini? Jihan Muse sememangnya antara salah seorang pelawak yang cukup popular di tanah air. Selain giat membuat lawak di atas pentas, dia juga turut dikenali kerana lawak ‘parodi’ menerusi rancangan temu bual sensasi, MeleTOP. Terbaharu, dia sekali lagi muncul dengan lawak meniru aksi kartun animasi popular, BoBoiBoy. Menariknya lagi, kostum watak Yaya yang dipakainya telah membangkitkan lagi kelucuan!

BACA: [VIDEO] Hotel Mentimun Tang Mana? Parodi Trivago Jihan Muse Lucu Habis!

Dalam sketsa parodi tersebut, Jihan telah bergandingan dengan Bell Ngasri dan membawakan watak-watak yang begitu terkenal dalam drama animasi BoBoiBoy. 

Antara yang paling lucu adalah kehadiran watak baru yang tidak pernah wujud dalam kronologi drama BoBoiBoy sebelum ini. Seperti kebiasaannya, Jihan akan tampil dengan dialog-dialog yang ‘pecah’ apalagi cara dia meniru sesetengah watak itu menjadikannya lebih realistik. 

Baik, saya akan tunjukkan kuasa saya. BoboiBoy kuasa tiga!

Jihan dan Bell Ngasri turut mengajuk beberapa slogan yang terkenal dalam animasi tersebut seperti ‘BoBoiBoy Kuasa Tiga’, ‘BoBoiBoy Kuasa Api’ dan ‘BoBoiBoy TumbuKan Padu’. Malah, efek suntingan yang dibuat juga membuatkan sketsa itu lebih menghiburkan. 

Yaya win lah!

Gelagat Jihan dalam parodi tersebut sememangnya mendapat perhatian ramai orang yang mungkin mengikuti rancangan tersebut pada setiap hari Selasa. Tambahan pula, Jihan nampaknya berjaya membawakan watak Yaya dengan sangat menarik sehingga nama itu menjadi antara yang paling ‘trending’ di bahagian komen. Video parodi tersebut telah dimuat naik di Youtube dan mendapat lebih 13 ribu tontonan dan lebih 300 sukaan setakat ini. 

Sumber: Youtube MeleTop

 

Apa Komen Anda?