Berdiet Cara ‘Suku Suku Separuh’, Lelaki Ini Berjaya Turun 28KG Dalam 3 Bulan!

Kegigihan menurunkan berat badan bukan sahaja bertujuan untuk kelihatan cantik atau kacak sahaja, malahan ia penting untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik. Jika anda sudah menanam azam untuk menurunkan berat badan, anda boleh mengambil semangat daripada pengalaman seorang lelaki ini yang berjaya menghilangkan berat sebanyak 28kg dalam masa 3 bulan. Perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya di Facebook. 

Baca : Jangan Makan Macam Esok Nak Kiamat-Che Ta Dedah Rahsia Body Kekal Ramping!

Slim tanpa pengambilan ubat dan stress…

Pertama, lelaki ini hanya mengambil 3 hidangan pada setiap hari menggunakan kaedah ‘suku-suku separuh’ dalam kuantiti makanannya.

Suku karbohidrat, suku protein, separuh buah/sayuran…

Berikut adalah perkongsian tentang beberapa hidangan yang dimakan sepanjang perjalanan menurunkan berat badan oleh lelaki ini : 

Seperti tips slim yang biasa kita dengar, lelaki ini juga mengamalkan senaman untuk menurunkan berat badannya.

Senaman tak semestinya membebankan…Buat benda yang kita enjoy

Tidak ketinggalan, pengambilan air juga harus mencukupi dan rupa-rupanya, cara minum air juga memainkan peranan penting.

Minum sikit-sikit tapi kerap

Tabiat makan pada waktu malam sememangnya mampu menyumbang kepada faktor kenaikan berat badan. Oleh yang demikian, lelaki ini juga cuba mendisiplinkan diri untuk berhenti makan selepas waktu senja.

Jangan tidur lewat…Tidur cukup dapat elakkan body stress

Perbezaan sebelum dan selepas berjaya menurunkan 28kg!

Sumber : Facebook Farihah Zulkifle

Apa Komen Anda?