Bergambar Tapi Subjek Tenggelam? Lelaki Ini Kongsi Tips Dapatkan Angle Yang Cun

Dalam zaman keterjebakan masyarakat pada media sosial, pastinya semua orang mahu menampilkan diri dengan sebaik mungkin sebelum dikongsi buat para pengikut. Tidak mustahil jika ada sebahagiannya sanggup membeli kamera yang mahal atau mengupah photographer luar demi mendapatkan hasil foto yang menarik. Walau bagaimanapun, apalah gunanya berbelanja lebih pada gajet sahaja jika hasilnya masih seperti gambar di zaman WeChat kan?

BACA: Nak Gambar Macam Instafamous? Ikuti 6 Elemen Asas Buatkan Foto Anda Lebih Cun

Seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama akaun @KhairidwanNizam yang difahamkan bekerja sebagai seorang jurukamera ini telah berkongsi beberapa elemen penting dalam mencari komposisi tepat dalam menghasilkan foto berkualiti tinggi. Perkongsian itu tampak lebih menarik kerana dia juga turut memuat naik beberapa keping gambar sebagai model rujukan. 

Tiga Grid Komposisi

Dia telah memberikan contoh bagaimana dia menimbulkan kesan yang cantik kepada gambar dengan meletakkan menyusun posisi subjek mengikut bingkai-bingkai yang telah disediakan.

Komposisi Garis Utama

Komposisi Lingkaran Emas

Letakkan subjek pada tiga grid

Menggunakan komposisi tiga grid dan meletakkan subjek di bahagian tengah titik pertemuan.

Lingkaran Segi Tiga Emas

Lelaki ini turut menyarankan orang ramai atau peminat fotografi khususnya untuk mempelbagaikan lagi kreativiti misalnya memasukkan elemen emosi atau pergerakan untuk menampakkan sesebuah gambar itu ‘hidup’. Dengan cara itu, setiap penonton juga boleh merasai mood yang cuba disampaikan dalam sesebuah gambar itu. Selain daripada itu, latihan dalam memantapkan lagi skil yang sedia ada juga akan membuahkan hasil dalam bentuk yang lebih bermakna!

Sumber: Twitter KhairidwanNizam

Apa Komen Anda?