Bergelar Isteri Kepada Pilot, Rupanya Pengacara Ini Kenal Suami Dari Sekolah

Perkahwinan adalah ikatan yang paling diinginkan oleh setiap insan yang bercinta. Ini kerana perkahwinan bukan sahaja tiket untuk menghalalkan hubungan tetapi menjadi satu simbolik cinta antara kedua-dua lelaki dan perempuan. Demikianlah kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan seorang pengacara sebuah rancangan popular, Hlive apabila dia telah selamat mendirikan rumah tangga hari ini. 

BACA: Kahwin Nanti Duit Suami Jadi Duit Isteri Juga, Kenapa Perlu Ada Hantaran?

Pengacara yang dimaksudkan adalah Yaya Zahir atau nama penuhnya Zuhairah Zahir, 28 tahun. Dia telah selamat bergelar isteri kepada seorang juruterbang yang bernama Arriz Azzim, 30 tahun dengan sekali Iafaz pagi tadi. Memilih busana berwarna putih, pelakon Hikayat Pematah Hati ini juga telah dinikahkan oleh abangnya sendiri di Petaling Jaya. 

Kenal dari sekolah

Mengikat tali pertunangan pada 25 Februari yang lalu, Yaya berasa bersyukur kerana majlis telah berlangsung dengan lancar. Menyorot kembali detik perkenalannya dengan suami, Yaya memberitahu yang dia telah mengenali suami sejak 15 tahun dulu. Tambahnya, Arriz (suami) juga merupakan rakan di sekolah menengah. 

Personaliti Televisyen itu juga telah menyerahkan tujuh dulang dan dibalas lima oleh belah lelaki. Selain itu, malam ini mereka juga akan diraikan dalam majlis yang kecil dan dijangka dihadiri oleh lebih kurang 300 tetamu. Menutup perbualannya dengan media, Yaya juga berkata dia dan suami akan mengadakan satu lagi majlis resepsi pada 24 Ogos ini di Sarawak.

Jom kita layan gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan Yaya Zahir dan Arriz Azzim.

Sumber: Hlive & Berita Harian

Apa Komen Anda?