Viral

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

Sebut sahaja nama Dr. Amalina Bakri, pasti ramai yang mengenali figura doktor tempatan yang telah banyak mengharumkan nama negara. Walaupun kini sedang menetap di United Kingdom, beliau tak lokek berkongsi ilmu perubatan di media sosial. Umum juga tahu bahawa hatinya telah dimiliki orang dan baru sebentar tadi, anak kelahiran Kota Bharu berkenaan telah berkongsi satu khabar gembira menerusi akaun rasmi Instagram miliknya.

BACA: Cikgu Sains Cakap Paracetamol Kekal 5 Tahun Dalam Badan, Ini Respon Dr Amalina

Sah bertunang dengan jejaka Eropah…Excited nak rancang majlis kahwin di dua buah negara

Dr. Amalina Bakri mengumumkan telah sah bertunang dengan jejaka pilihan hati yang berasal dari Eropah. Meskipun namanya masih dirahsiakan, tapi beliau mengakui cukup teruja untuk merancang majlis perkahwinan di negara masing-masing. Selain berkongsi detik bahagia bersama tunangnya, turut disertakan adalah foto yang memaparkan sebentuk cincin bertakhtakan berlian putih telah disarungkan pada jari manisnya.

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

Tahniah Dr. Amalina & tunang…Harap segala urusan perancangan majlis berjalan dengan lancar

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tumpang gembira kepada Dr. Amalina apabila mengetahui tentang berita tersebut. Di samping mengucapkan tahniah, mereka turut mendoakan kedua-duanya supaya lekas disatukan dan berharap agar segala perancangan untuk majlis perkahwinan nanti dapat berjalan dengan lancar.

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

 

Sumber: Instagram dramalinabakri, Twitter DrAmalinaBakri

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bergelar Tunangan Jejaka Eropah, Dr. Amalina Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin

Facebook

Telegram