Berhabis Dekat RM30K, Gadis Nekad Batal Wedding Mewah Sebab Tunang Panas Baran

Perbelanjaan kahwin pastinya melibatkan sejumlah wang yang besar malah boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit! Bagitulah yang dihadapi seorang gadis ini apabila dia mengambil pakej perkahwinan dengan sebuah bridal yang agak mewah. Walaupun telah melabur sejumlah wang yang besar, namun perkahwinan mewah impiannya musnah gara-gara sikap tunang yang panas baran dan sering memukuInya. 

BACA: Nak Kahwin Jangan Buat BraziIian Wax, Haram Bila Libat Aurat Walau Sama Jantina

Gambar sekadar hiasan

Putus tunang 2 bulan sebelum kahwin

Perkara itu telah dikongsikan di Twitter oleh seorang wanita yang bertanggungjawab menguruskan hal perkahwinan pelanggan tersebut. Gara-gara tidak tahan dengan sikap buruk tunangnya yang abusive, gadis ini nekad menghubungi Aina bagi memberitahu keputusannya walaupun ketika itu majlisnya bakal tiba tidak lama lagi. 

Gambar sekadar hiasan

Pelanggan nak let go RM20 ribu je

Menurut Aina, pelanggan itu telah membayar hampir RM30 ribu dengan pihak bridal  namun tidak meminta sebarang pulangan. Sebaliknya, gadis tersebut mahu ‘menjual’ semula pakej yang sudah dibayar itu kepada mereka yang ingin berkahwin dengan harga di bawah RM20 ribu. 

Gambar sekadar hiasan

Kalau laki kaki pukuI, jangan kahwin

Selain menawarkan pakej tersebut kepada bakal pengantin, Aina turut berpesan supaya golongan gadis tidak menggadaikan kehidupan mereka untuk berkahwin dengan lelaki yang suka menindas fizikal dan mental perempuan sesuka hati. 

Sumber: Twitter ainarwkstar

Apa Komen Anda?