Family Inspirasi Viral

Berhabis Modal Besar Kerap Repair Kereta, Hadiah Baru Buat Ayah Nangis Teruk

Berhabis Modal Besar Kerap Repair Kereta, Hadiah Baru Buat Ayah Nangis Teruk

Sudah menjadi tanggungjawab seseorang anak menghargai jasa serta pengorbanan kedua-dua orang tua kita. Jangan jadi seperti kacang melupakan kulit selepas kita sudah berjaya mencapai semua perkara yang diimpikan. Jika dikurniakan rezeki melimpah-ruah, tidak ada salahnya berkongsi rezeki dengan mereka.


BACA: [VIDEO] Mentua Nangis Menantu Hadiahkan Rantai Emas  Mama Kandung Di Sabah

Detik ibu ayah dapat hadiah anniversary ke-37…Ayah letak balik kotak hadiah sebab macam blur

Tular sebuah video di akaun TikTok @fizri_etito selepas dia memuat naik video menyambut ulang tahun perkahwinan ibu bapanya bersama ahli keluarga yang lain di sebuah kedai makan. Sebaik sahaja kotak diberikan oleh kakak sulungnya dibuka, lelaki berkopiah itu kelihatan terkesima sehingga menutupnya semula. Selepas mendapat tahu isinya, dia menangis teruk sehingga mukanya menjadi kemerah-merahan.


@fizri_etito

Hadiah anniversary Ayah dan Ibu dari Kak Dan bang long kami #hadiahulangtahun

♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Semua terkejut tengok hadiah Kak Long & Abang Long bagi…Mereka inspirasi kami adik-beradik

Menurut Fizri, ayahnya sering mengeluarkan modal yang besar untuk menghantar kereta lamanya ke bengkel. Ketika mereka keluar daripada bangunan tersebut, alangkah terkejutnya semua orang apabila sebuah MPV berserta poster yang terpampang wajah ibu dan bapanya sudah pun berada di sana. Terharu dengan hadiah diberikan, pasangan diraikan itu terus mendakap si pemberi.


@fizri_etito

Reply to @ustaznik M terima kasih yang mendoakan ibu dan ayah kami , terima kasih @ainul_madiyah #hadiahulangtahun

♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Aku pun terikut nangis…Doakan saya pun dapat bahagiakan kedua-dua orang tua

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan telah meraih hampir 900 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak melihat reaksi pak cik itu. Mereka juga berharap agar suatu hari nanti diberikan peluang dapat membahagiakan ibu bapa mereka.

Berhabis Modal Besar Kerap Repair Kereta, Hadiah Baru Buat Ayah Nangis Teruk

Berhabis Modal Besar Kerap Repair Kereta, Hadiah Baru Buat Ayah Nangis Teruk

Berhabis Modal Besar Kerap Repair Kereta, Hadiah Baru Buat Ayah Nangis Teruk

Berhabis Modal Besar Kerap Repair Kereta, Hadiah Baru Buat Ayah Nangis Teruk

Kredit: TikTok fizri_etito

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Berhabis Modal Besar Kerap Repair Kereta, Hadiah Baru Buat Ayah Nangis Teruk

Facebook

Telegram