Beria Nak Bantu Yang Jauh, Orang Susah Terdekat Pula Terlepas Pandang

Sama ada di negara maju ataupun yang sedang bergolak, masalah kemiskinan sememangnya wujud di mana-mana. Bagi membantu golongan sebegini, pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) turut ditubuhkan bagi membantu nasib mereka yang terabai. Bukan sahaja masa dan wang ringgit, bahkan nyawa juga dipertaruhkan untuk tujuan tersebut. Namun, baru-baru ini seorang pengguna di laman Twitter ada meluahkan pendapat tersendiri berhubung isu kemanusiaan. 

BACA: Dikecam Minta Bantuan Netizen Bayar Yuran, Pelajar Ini Tampil Buat Penjelasan

Bukan masalah pentingkan diri…tapi beri keutamaan

Advertisement

Menurut pengendali akaun bernama @InjangNation, dia telah berasa kecewa terhadap sesetengah pihak yang lebih mementingkan misi kemanusiaan di luar berbanding dalam negara sendiri. Dia berpendapat bahawa segala aspek bantuan seharusnya disalurkan kepada masyakat tempatan terlebih dahulu. Hal ini bukan kerana bersifat mementingkan diri sendiri tetapi risau golongan ini sering terlepas pandang.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Baik kumpul dana bantu masyarakat setempat

Ujar individu ini lagi, ada pihak yang sanggup menanggung kos perbelanjaan tinggi seperti tiket penerbangan untuk program bantuan luar negara. Sedangkan masih lagi ada nasib insan yang tidak bernasib baik masih belum terbela. Justeru, dia telah menyeru pihak berkenaan supaya membelanjakan dana kepada yang sepatutnya. 

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Jangan salah guna tajaan misi

Lebih mengecewakan apabila ada di antara sukarelawan yang bertindak menyalahgunakan manfaat daripada misi-misi kemanusiaan di luar negara sebagai peluang untuk melancong. Tegasnya, tidak salah jika mahu makan angin tetapi mestilah menggunakan dana yang diusahakan diri ataupun dengan cara mendapatkan tajaan lain. 

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter InjangNation

Apa Komen Anda?