Artis rancangan tv Viral

Beria Nangis, Rupanya Begini Ending Babak Ummi Nazeera Ratapi Nasib Atas Sofa

Beria Nangis, Rupanya Begini Ending Babak Ummi Nazeera Ratapi Nasib Atas Sofa

Episod 21 drama ‘Risik Pada Hati’ telah membuatkan tangisan penonton mengalir ke pipi. Babak ketika Hayfa (lakonan Ummi Nazeera) telah dimarah dengan teruk oleh suaminya kerana insiden kehilangan Umar cukup menyentap jiwa ramai. Hari demi hari, bayangan Hayfa kononnya mereka bertiga boleh berkongsi bahagia dalam kehidupan poligami cuma tinggal mimpi buruk.

BACA : Ryan Bakery Ume Cikin Jadi Teladan, Raih Populariti Tanpa Dagang Maruah Diri

Lepas episod 23 ni, the strong Hyfa is gone, Hayfa is broken

Dilayan dengan penuh manja dan kasih sayang sebelum ini, siapa sangka Adam akan menengkingnya dengan sebegitu teruk. Kecuaian itu bukan saja ibarat meranapkan kepercayaan bagi menjaga Umar, malahan maruah diri Hayfa kian tercalar kerana dimarah bertubi-tubi depan madunya, Aisya.

Korang beria je kan nangis…Tengok sampai habis

Tatkala ramai yang sebak, akhirnya salah seorang kru penggambaran drama ini mendedahkan proses di sebalik tabir. Lakonan ketiga-tiga mereka sungguh menjadi hinggakan suasana ruangan itu juga dipenuhi aura ‘dingin’. Namun yang paling menarik perhatian pastinya ketika rakaman adegan Hayfa meratapi nasibnya sambil terbaring di atas sofa bersaksikan ramai kru lain. Setelah puas menangis, rupanya Ummi Nazeera menamatkan lakonannya dengan gelak ketawa.

@ajuahmad_

#behindthescene episode 21 scene Adam marah Hayfa sbb kecuaian.. #risikpadahati #zamriezgoldenpicturessdnbhd #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral #Akasiatv3 #tv3malaysia

♬ Ketika Cinta Bertasbih – Melly Goeslaw & Amee

@ajuahmad_

Korg je beria Nangis kann 😝 tgk laa sampai habiss #behindthescenes #risikpadahati #zamriezgoldenpicturessdnbhd #tv3malaysia #Akasiatv3 #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral

♬ original sound – ajuahmad_ – ajuahmad_

Aku kena tengok banyak behind the scene biar emosi tak terbawa ke realiti

Melihat penjiwaan hebat Ummi Nazeera, netizen memberikan pujian melambung meskipun tidak menyangka pengakhiran shooting babak itu sedikit melucukan. Di samping itu, mereka berharap semoga Ummi mendapat bayaran yang setimpal dengan bakatnya.

Beria Nangis, Rupanya Begini Ending Babak Ummi Nazeera Ratapi Nasib Atas Sofa

Beria Nangis, Rupanya Begini Ending Babak Ummi Nazeera Ratapi Nasib Atas Sofa

Beria Nangis, Rupanya Begini Ending Babak Ummi Nazeera Ratapi Nasib Atas Sofa Beria Nangis, Rupanya Begini Ending Babak Ummi Nazeera Ratapi Nasib Atas Sofa

Kredit : TikTok ajuahmad & IG Ummi Nazeera

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Beria Nangis, Rupanya Begini Ending Babak Ummi Nazeera Ratapi Nasib Atas Sofa

Facebook

Telegram

herness