Inspirasi Tips

Berjaya Kumpul RM2000 Dalam 10 Bulan Je, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung

Berjaya Kumpul RM2000 Dalam 10 Bulan Je, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung

Sharing is caring!

Seperti yang kita sedia maklum, menabung itu adalah amalan mulia. ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ merupakan peribahasa yang dapat menggambarkan amalan menabung ini. Ia memberi maksud walaupun kita bermula dengan jumlah yang kecil, lama-kelamaan ia akan mendatangkan hasil lumayan. Terbaharu, seorang gadis telah berkongsi di laman media sosialnya selepas dia berjaya membeli sebuah telefon bimbit serta laptop dengan hanya menggunakan duitnya sendiri.

BACA: Dikecam Minta Bantuan Netizen Bayar Yuran, Pelajar Ini Tampil Buat Penjelasan

Mula menabung sejak darjah dua

Posting yang dikongsikan pengguna Twitter itu telah meraih sebanyak 17 ribu tanda suka setakat ini. Menurut gadis tersebut, dia sudah mula menabung sejak darjah dua lagi dengan menyimpan sekurang-kurangnya satu ringgit sehari.


Berjaya Kumpul RM2000 Dalam 10 Bulan Je, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung

Duit diberikan ayah disimpan

Gadis bernama Mica itu memberitahu dia tidak pernah menggunakan duit rayanya dan biasanya duit itu akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank. Tambahnya lagi, ketika di sekolah menengah, dia tidak banyak membelanjakan duit kerana dia dulu tinggal di asrama. Setiap kali ayahnya memberikan duit belanja, dia akan menyimpan RM100 atau RM150 setiap bulan.Berjaya Kumpul RM2000 Dalam 10 Bulan Je, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung

Kenal erti penat mencari duit apabila sudah bekerja

Menurut Mica, dia pernah bekerja part time sebagai seorang tutor di rumah dan pembantu jualan selepas menamatkan persekolahannya. Pelajar universiti itu berkata dia kini tahu betapa penatnya mencari duit apabila sudah mula bekerja. Gadis itu turut memberitahu kepentingan untuk membezakan antara kehendak dan keperluan. Tambahnya lagi setiap kali mendapat gaji, duit raya atau elaun dia akan terus memasukkannya ke dalam akaun ASB miliknya.Berjaya Kumpul RM2000 Dalam 10 Bulan Je, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung


Berjaya Kumpul RM2000 Dalam 10 Bulan Je, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung
Gambar sekadar hiasan

Dalam 10 bulan, sudah ada RM2k

Gadis yang kini sedang menuntut di universiti ini berkata, dia akan menyimpan sebanyak RM200 setiap kali ayahnya memasukkan elaun. Dia masih mengamalkannya sehingga kini dan dalam 10 bulan, sebanyak RM2k telah terkumpul. Malahan, dia turut berpesan supaya mempunyai disiplin jika ingin menabung. Duit yang disimpan itu hanya boleh digunakan jika terdesak sahaja dan bukannya untuk shopping.Berjaya Kumpul RM2000 Dalam 10 Bulan Je, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung

Penat diperli menggunakan duit ibu bapa

Dia juga berkata tidak salah untuk memanjakan diri dengan duit yang ada tapi janganlah dilakukan selalu. Menurutnya lagi, fasa awal menabung itu memang akan susah tetapi bila sudah ada hasil mesti akan rasa lebih bersemangat. Gadis itu mengucapkan selamat berjaya kepada mereka yang ingin mencuba di posting miliknya itu dan turut memberitahu dia ingin menabung kerana sudah penat diperli menggunakan duit ibu bapa.Berjaya Kumpul RM2000 Dalam 10 Bulan Je, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung


Sumber: Twitter mishaqstn

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Berjaya Kumpul RM2000 Dalam 10 Bulan Je, Pelajar Universiti Ajar Tips Menabung

Sharing is caring!