Family Inspirasi Keibubapaan

Berjaya Raih 9A SPM, Ustaz Kazim Elias Berterima Kasih Pada Guru Yang Mengajar

Berjaya Raih 9A SPM, Ustaz Kazim Elias Berterima Kasih Pada Guru Yang Mengajar

Sharing is caring!

Perasaan berdebar sebelum mengambil keputusan adalah perkara biasa yang dihadapi oleh semua orang.  Malah, ramai ibu bapa kongsi kegembiraan kepada sanak saudara dan kenalan rapat apabila anak mereka memperoleh keputusan cemerlang. 

BACA: Jangan Sesekali Putus Asa Kalau Kecundang SPM, Paling Penting Adalah Bersyukur

Anak Ustaz Kazim Elias peroleh kejayaan cemerlang

Tidak ketinggalan anak pendakwah terkenal iaitu Ustaz Kazim Elias yang telah memperoleh straight A dalam peperiksaan penting itu. Pendakwah yang mendapat gelaran Ustaz Klasik itu  telah memuat naik berita gembira di laman Facebook bahawa anak gadisnya telah memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang di ambil. Siapa sangka, anak kepada Ustaz Kazim Elias mampu memperoleh keputusan cemerlang dalam jurusan Sains Tulen.

Berjaya Raih 9A SPM, Ustaz Kazim Elias Berterima Kasih Pada Guru Yang Mengajar

Terima kasih kepada guru yang mengajar

Guru adalah pelita. Tidak terbalas jasa guru yang sentiasa sabar menabur bakti kepada anak didiknya agar menjadi manusia berakhlak serta berilmu. Sehubungan itu, Ustaz Kazim Elias mengucapkan terima kasih kepada guru sekolah dan para pekerja Sekolah Menengah Sains Tapah, Perak yang telah mengajar serta memberi yang terbaik kepada puterinya semasa belajar di sekolah tersebut.

Berjaya Raih 9A SPM, Ustaz Kazim Elias Berterima Kasih Pada Guru Yang Mengajar

Berjaya Raih 9A SPM, Ustaz Kazim Elias Berterima Kasih Pada Guru Yang Mengajar

Kejayaan anak adalah kejayaan ibu bapa yang mendidik

Kegembiraan yang dikongsi di laman sosial itu mendapat perhatian ramai dan doa serta ucapan tahniah tidak putus-putus diberikan oleh para netizen. Sehubungan itu, gambar yang telah dimuat naik oleh Ustaz Kazim Elias telah mendapat lebih 50 000 tanda suka dalam masa 6 jam. Netizen juga berharap agar anak gadis Ustaz Kazim Elias akan menjadi anak solehah bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. 

Berjaya Raih 9A SPM, Ustaz Kazim Elias Berterima Kasih Pada Guru Yang Mengajar Berjaya Raih 9A SPM, Ustaz Kazim Elias Berterima Kasih Pada Guru Yang Mengajar

Berjaya Raih 9A SPM, Ustaz Kazim Elias Berterima Kasih Pada Guru Yang Mengajar

Sumber: Facebook Dato’ Ustaz Kazim Elias

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Berjaya Raih 9A SPM, Ustaz Kazim Elias Berterima Kasih Pada Guru Yang Mengajar

Sharing is caring!