Viral

Berjaya Turun 140KG Dalam Masa Setahun, Gara-Gara Tak Muat Duduk Atas Pelamin

Berjaya Turun 140KG Dalam Masa Setahun, Gara-Gara Tak Muat Duduk Atas Pelamin

Sharing is caring!

Proses menurunkan berat badan tidaklah semudah yang disangka. Namun demi mendapatkan badan yang sihat serta berat ideal, setiap individu perlulah melakukan sedikit pengorbanan. Usaha keras itu jugalah dilakukan seorang lelaki ini yang telah berjaya memastikan bentuk badannya susut dalam jumlah agak besar.

BACA: [VIDEO] Berat Sama-Sama Naik Lepas Kahwin, Isteri Dipuji Pandai Jaga Suami

Berat asal 220kg, nak kahwin pun tak muat duduk atas pelamin

Jelas Johari Abdul Wahab, beratnya dahulu sebelum kahwin mencecah sehingga 220kg. Malah lelaki itu juga mengalami kesukaran sewaktu ingin bersanding dek kerana bentuk badannya yang besar, menyukarkannya untuk muat duduk di atas pelamin. Bukan itu sahaja, pipinya juga dikatakan sudah berseloroh waktu tersebut.


Berjaya Turun 140KG Dalam Masa Setahun, Gara-Gara Tak Muat Duduk Atas Pelamin

Berjaya Turun 140KG Dalam Masa Setahun, Gara-Gara Tak Muat Duduk Atas Pelamin

Konsisten setahun lakukan diet dan juga senaman tabata

Selepas setahun bertungkus-lumus menjalankan aktiviti diet serta senaman ‘Tabata’, lelaki itu berhasil menurunkan sehingga 140kg. Lelaki itu sendiri tidak menyangka hasil daripada usaha kerasnya bakal menunjukkan perubahan yang sangat besar. Kini, lelaki itu ingin berjinak-jinak dengan langkah ‘diet suku-suku separuh’ pula.


Berjaya Turun 140KG Dalam Masa Setahun, Gara-Gara Tak Muat Duduk Atas Pelamin

Berjaya Turun 140KG Dalam Masa Setahun, Gara-Gara Tak Muat Duduk Atas Pelamin

Memang padu lah, tahap disiplin tertinggi. Banyak betul bezanya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan semangat yang dimiliki lelaki berkenaaan. Selain itu, ada yang turut berminat untuk mengetahui rutin diet diamalkan Johari dan dapat sama-sama mencapai berat badan ideal.

Berjaya Turun 140KG Dalam Masa Setahun, Gara-Gara Tak Muat Duduk Atas Pelamin

Berjaya Turun 140KG Dalam Masa Setahun, Gara-Gara Tak Muat Duduk Atas Pelamin

Berjaya Turun 140KG Dalam Masa Setahun, Gara-Gara Tak Muat Duduk Atas Pelamin

Sumber: Facebook Johari Abdul Wahab via group Diet Suku Suku Separuh


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini