Viral

Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan

Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, isu COVID-19 memberi impak yang besar ke seantero dunia termasuk Malaysia. Tetapi masih ada lagi segelintir masyarakat seakan kurang cakna dengan kesusahan yang dihadapi para petugas kesihatan. Sikap sambil lewa terhadap perintah kerajaan hanya meningkatkan lagi risiko jangkitan pandemik itu. 

BACA: Disahkan Positif COVID -19, Atlet Mohon Penyokong Doakan kesihatan

Mereka semua sedang berjihad

Baru-baru ini, seorang pendakwah terkemuka Ustaz Ebit Lew menyuarakan kebimbangnya apabila mendapat tahu sahabatnya sedang melalui saringan COVID-19. Tidak cukup dengan itu, dia sebak memikirkan keadaan para petugas yang bertungkus lumus memberi yang terbaik dalam menyelesaikan tanggungjawab yang sedang mereka pikul. Siang malam mereka cekal menyarung suit berkenaan, dia sendiri tidak dapat membayangkan berapa tingginya nilai dedikasi dipamerkan oleh pasukan frontline negara ketika ini.

Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan


Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan

Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan

Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan

Marikan doakan mereka…Allah sayang semua

Ustaz yang dikenali ramai ini menyeru untuk sama-sama mendoakan para pejuang agar dipermuahkan urusan selama mereka bertugas. Dia juga tidak putus-putus menyakinkan para petugas bahawa setiap kerja keras mereka akan dibalas syurga. Malah, Ustaz Ebit juga mengingatkan orang ramai untuk tetap duduk di rumah seperti yang diarahkan.


Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan

View this post on Instagram

Sebak menangis tak boleh tidur bila dengar ada petugas kkm sahabat saya yang teramat saya sayangi sedang melalui saringan virus covid 19. Mereka dikuarantin. Risau pasangan dan anak kecil dirumah. Mereka takut risau kena keluarga. Ya Allah tuhanku selamatkanlah mereka. Semua Dr , Frontline KKM, Makmal dan semua yang berjuang disana. Ya Allah selamatkanlah semua petugas di Hospital dan semua pusat kesihatan Mereka semua sedang berjihad. Kami sayang mereka ya Allah. Jauhilah mereka dari dijangkiti. Tolonglah ya Allah. Selamatkan kami semua. Sebak bila masa live setiap kali follower saya dari KKM semua komen ustaz tolong doakan kami yer. Mesej minta tolong doakan. Ramai Dr dan Nurse minta tolong doakan mereka selamat. Front line KKM Siap bagi nama semua ahli keluarga minta tolong sebut nama mereka. Macam mana lah keadaan mereka. Ketakutan dan perjuangan demi menyelamatkan kita semua. Tengok pakaian mereka. Sepanjang hari ikut syif pakai begitu. Ya Allah. Panasnya tak ingat. Nak ke tandas pun takut. Nak makan lagi. Kita dengar orang batuk pun takut nak dekat. Kawan-kawan yang kita tahu positif pun kita keluarga takkan dekat. Doa dari jauh jer. Ini mereka memang menanti orang bergejala. Ada yang tak jujur pula tak bagitahu sejarah perjalanan mereka. Ya Allah. Takutnya. Demi jihad mereka duduk bahagian depan. Mereka berada disana bersama virus semua ini. Hati yang 24 jam dalam risau takut. Saudaraku sekalian jom setiap masa kita solat hajat doakan pejuang. Mereka sedang berjihad. Benar-benar berisan depan jihad. Tiada balasan mereka melainkan syurga Allah. Orang kerja menjaga, menyelamatkan nyawa manusia ini balasan mereka syurga. Setiap langkah mereka. Setiap peluh, ketidakselesaan mereka, ketakutan, kerisauan mereka demi ummah, semua itu pahala dari Allah. Mereka patut diberikan zakat. Kerajaan juga kena beri elaun khas buat mereka. Sahabatku sekalian semua Dr dan Frontline kkm dan semua sekali di kkm dan juga kerja menyelamatkan nyawa ketika ini, terima kaseh. Allah sayang semua. I love u all. Saudaraku di luar sana. Tolonglah ikut nasihat kkm ini duduklah dirumah. Solat doa dan beri masa untuk keluarga. Kerana Allah taatlah. Duduklah rumah-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Ustaz… Tolong doakan kami

Siapa sangka, tontonan video berdurasi 31 saat itu telah mendapat lebih 300 ribu paparan kurang dari 3 jam. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kerana mendoakan para petugas¬† di pusat kesihatan. Meskipun sebak dengan permintaan doa tersebut, hampir setiap reaksi pengikutnya dibalas oleh Ustaz Ebit dengan ayat ‘Allah Sayang’.

Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan

Sumber: Instagram Ebit Lew


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Berjihad Selamatkan Nyawa Covid-19, Ebit Lew Lihat Perjuangan Staf Kesihatan

Sharing is caring!