“Berjurai-Jurai Air Mata Tengok Anak Bernikah, Dah Jadi Bapa Barulah Aku Faham”

Melihat anak melangsungkan perkahwinan merupakan pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bayangkanlah anak yang dijaga bagai menatang minyak penuh selama ini, akhirnya telah mengecapi fasa terbaharu dalam hidup. Hakikatnya, seorang jurufoto bernama Hadi Nor menerusi perkongsiannya di Twitter menyatakan perasaan itu hanya dapat dirasai selepas dia sudah bergelar bapa. 

BACA: Bayi Bukan Selsema Sebab Ibu Minum Ais, Dr Imelda Tampil Beri Jawapan Padu

Dah jadi bapa baru aku faham

Dahulunya, dia yang bekerja sebagai jurufoto perkahwinan berasa pelik apabila melihat sebahagian golongan bapa tiba-tiba mengalirkan air mata tatkala melihat anak perempuan mereka disatukan. Namun persepsi itu nyata berubah selepas dia menimang cahaya mata pertama bernama Cempaka Nur Lisa pada 25 April 2019 hasil perkahwinannya bersama isteri, Siti Rokiah. 

Advertisement

Tengok anak lahir depan mata pun aku dah menangis

Advertisement

Bercerita lanjut, Hadi ketika ditemu bual oleh pihak Erin Sakura memberitahu betapa dia berasa begitu sebak sewaktu melihat kelahiran anak pertamanya di depan mata. Coretnya lagi, itulah perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bahkan pada hari itu jugalah, si bapa berkenaan sudah mulai risau tentang masa depan anaknya. 

Susah nak cakap sebab perasaan tu bercampur-baur. Gembira tengok mak dia dah selamat tapi dalam masa yang sama runsing memikirkan masa depan anak tersebut.

Advertisement

Advertisement

Satu hari nanti aku kena lepaskan dia jugak

Jurufoto itu juga sempat menceritakan detik bila mana si cilik berkenaan sudah semakin membesar. Biarpun belum cukup setahun, pelbagai kenangan manis telah tercipta daripada menukar lampin sehinggalah Cempaka boleh meniarap serta merangkak. Pun begitu, Hadi sedar bahawa segalanya hanya bersifat sementara kerana satu hari nanti dia juga terpaksa melepaskan anaknya seperti bapa yang lain. 

Advertisement

Sumber: Twitter Hadi Nor

Advertisement

Apa Komen Anda?