Berkali-Kali Ucap Maaf, Budak Tahfiz Ini Dipuji Tegur Aurat Wanita Cara Baik

Menegur tidak salah asalkan kena pada tempat dan caranya. Apabila terdetik hasrat untuk menegur seseorang, perkara yang perlu difikirkan adalah bagaimana cara untuk menyampaikan teguran tersebut. Kita perlu memastikan teguran yang dilakukan tidak mengguriskan hati si pelaku apalagi jika ia melibatkan aib dan boleh menjatuhkan air muka seseorang. Namun, seorang wanita di Twitter ini telah menjadi tumpuan netizen di laman Twitter kerana satu posting kiriman surat daripada seorang pelajar tahfiz yang memberi teguran kepada wanita dengan sangat berhemah!

BACA: Why So Cute? Gelagat Budak Kostum Biri-Biri Ini Curi Tumpuan!

Gambar sekadar hiasan

Seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama akaun @sitisuzaida1 telah memuat naik satu posting di laman sosial tersebut mengenai beberapa helai surat yang dipercayai dikirim oleh seorang pelajar tahfiz yang menasihatkan wanita di luar sana untuk menjaga aurat dan menjadi umat IsIam yang baik, tapi isi penulisan didalamnya lebih menyentuh perasaan. 

“Saya minta maaf tapi saya terpaksa demi kebaikan”

Pelajar tahfiz ini boleh dipuji kerana memulakan mukadimah daripada surat berkenaan dengan permohonan maaf agar pembaca tidak terasa.

Tutup aurat dengan sempurna

Pelajar tahfiz ini juga menasihatkan wanita isIam diluar sana untuk menutup aurat dengan sempurna yakni melabuhkan tudung dan mengelakkan berpakaian ketat.

Menyokong dengan hadis

Pelajar itu turut menyelitkan pandangan ulama dan hadis berkaitan aurat.

Cadangan & Nasihat 

Teguran yang penuh berhemah itu tidak sekadar bernoktah tanpa sebarang solusi, pelajar tahfiz ini juga memberikan beberapa cadangan cara menutup aurat dengan sempurna. 

Teguran yang penuh berbudi bahasa oleh pelajar tahfiz ini telah menjadi tular apabila rata-rata netizen memuji akhlak pelajar tahfiz ini. Selain niatnya untuk mengejar kebaikan, penulisannya yang lembut beserta permohonanan maaf di beberapa baris ayat turut mendapat perhatian kerana pendekatan sebegitu jarang dilakukan. Posting tersebut telah mendapat lebih 14 ribu retweets dan lebih 12 ribu likes setakat ini. 

Sumber: Twitter sitisuzaida1

Apa Komen Anda?