Berkali Tukar Tempat Belajar & Tangguh Semester, Akhirnya Berjaya Raih Ijazah

Untuk mendapatkan segulung ijazah, perjalanan yang perlu dihadapi bukan satu proses mudah. Bukan sahaja perlu menghadiri pelbagai kuliah, komitmen terhadap tugasan beserta peperiksaan yang menghimpit di hujung semester pasti menjadi tekanan oleh semua pelajar. Begitulah pengalaman yang dihadapi seorang pemuda tatkala terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk menamatkan pengajian setelah dirinya menghadapi kegagalan berkali-kali. 

BACA: [VIDEO] Wakilkan Kejayaan Di Majlis Konvo, Dakap Diploma Anak Penuh Sebak

Hari ini aku berjaya graduate dari UniKL

Perjalanan yang penuh berliku dalam meraih kejayaan tersebut ada dikongsikan menerusi Twitter seorang pemuda dengan akaun Twitter Amirul Hanafy ini. Sejak dikongsikan, kisahnya mula mendapat jumlah retweet yang banyak daripada pihak netizen.

Aku bukan student yang bagus, tapi aku kuat semangat

Selepas mendapat 2A dalam keputusan SPM, dia mengambil keputusan untuk masuk ke Tingkatan 6. Namun begitu, Amirul sukar menyesuaikan diri dengan subjek yang telah dipilih sekali gus menjejaskan keputusan peperiksaan STPM. Percubaannya untuk mendapatkan peluang belajar di UniKL dalam jurusan kejuruteraan turut menemui jalan buntu.

Tak boleh nak print slip exam sebab hutang RM6400

Namun selepas itu, dia akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Unisel pula. Pada awalnya dia berjaya membawa diri. Malangnya lama-kelamaan, prestasinya mula merosot dan keadaan tersebut memaksa Amirul untuk berhenti belajar. Tambahan pula, proses pinjaman PTPTN juga mengalami sedikit masalah.

Hard drive computer aku rosak

Dengan bantuan MARA, pemuda itu memulakan langkah baru di UniKL. Tapi sekali lagi, kehidupannya sebagai seorang pelajar diuji apabila gagal beberapa subjek dan menyebabkan hutang pengajiannya meningkat. Walaupun pernah gagal mempersembahkan projek akhirnya, dia bangkit pada semester berikutnya dengan bantuan rakan-rakan. Amirul juga berjaya melangsaikan hutang MARA dengan pelbagai kerja secara freelance. 

Sumber: Twitter Amirul Hanafy

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?