Berkawan Sejak Zaman Tadika, Tak Sangka Berjodoh Hingga Ke Jinjang Pelamin

Jodoh sememangnya adalah rahsia Allah. Namun tanpa berusaha, ia tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Ada yang begitu memilih dalam urusan mencari jodoh, ada juga yang menyerahkan saja perkara tersebut kepada orang tua memandangkan mereka lebih arif perihal itu. Tapi siapa yang dapat menyangka kawan sepermainan sewaktu zaman tadika akhirnya tertulis menjadi teman hidup apabila dewasa seperti seorang wanita ini yang tular di laman Twitter. 

BACA: Lebih Pandai Memasak, Ada 7 Sebab Kenapa Anak Sulung Paling Untung Dikahwini

Tak sangka kawan tadika jadi suami

Advertisement

Perkongsian tersebut telah dimuat naik oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Fifie. Jelasnya, perkenalannya bersama suami bermula sejak dari tadika lagi sehinggalah ke peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Menerusi temubual esklusif bersama Erin Sakura, gadis tersebut bersama suami iaitu Hanis Hanifah hanya mula rapat apabila memasuki Tingkatan 1. Tambahan pula, keduanya sama-sama menjadi pengawas sekolah serta mewakili sekolah dalam acara sukan menjadikan mereka teman karib sebelum bercinta. 

Bertunang selama setahun sebelum bernikah

Advertisement

Akhirnya selepas 7 tahun, mereka berdua mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan di usia 21 tahun pada 25 Ogos 2018 sebelum berkahwin pada 29 November lalu. Bagi kedua-dua mempelai ini, majlis persandingan merupakan satu kenangan yang indah apabila rata-rata tetamu yang hadir terdiri daripada guru-guru serta rakan sekolah mereka. 

Advertisement

Kalau dah jodoh, pergilah jauh pun tetap tu juga

Rata-rata netizen gembira melihat perkongsian berkenaan dan merasa sangat teruja dengannya. Malah, ada yang dilihat turut berkongsi kisah percintaan masing-masing disamping mengucapkan tahniah kepada merpati dua sejoli itu. 

Advertisement

 

 

Sumber: Twitter Fifie Safiai 

Advertisement

Apa Komen Anda?