Viral

Berkecai Otak, Bayi Masih Bertali Pusat Dibuang Remaja 18 Tahun Dari Tingkat 13

Berkecai Otak, Bayi Masih Bertali Pusat Dibuang Remaja 18 Tahun Dari Tingkat 13

Sharing is caring!

Seakan-akan hilang pertimbangan diri. Itulah ungkapan yang sesuai untuk mengambarkan situasi di mana seorang remaja sanggup membuang bayi perempuannya dari tingkat 13 sebuah apartment di Farlim, Georgetown. Gara-gara mahu menutup kesalahan diri, remaja berusia 18 tahun itu nekad membuang zuriatnya sendiri.

BACA : Bahana Main Spirit Of The Coin, Gadis Terkejut Lembaga Hitam Ekori Kawan Asrama


Dibuang dari tingkat 13, waktu itu ibu bapa remaja berkenaan ada di rumah

Menerusi laporan Berita Harian, ibu muda berkenaan turut merahsiakan tempoh kehamilan tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga. Malah ketika kejadian berlaku sekitar awal pagi tadi, kedua-dua orang tua gadis berkenaan dipercayai berada di rumah.

Berkecai Otak, Bayi Masih Bertali Pusat Dibuang Remaja 18 Tahun Dari Tingkat 13
Kredit Foto : Berita Harian

Jasad bayi masih bertali pusat ditemui penduduk setempat

Dek kerana terlalu panik dengan kelahiran tersebut, remaja berkenaan membuang bayinya yang masih bertali pusat melalui balkoni. Jasad si kecil berkenaan bagaimanapun ditemui oleh salah seorang penduduk setempat setelah mendengar bunyi kuat semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.


Berkecai Otak, Bayi Masih Bertali Pusat Dibuang Remaja 18 Tahun Dari Tingkat 13

Kejadian kedua berlaku, sebelum ini bayi dibuang dari tingkat 4 rumah flat

Sementara itu, pihak berkuasa Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong turut mengesahkan kejadian terbabit dan siasatan masih dijalankan. Menurut beliau, ia merupakan kejadian kedua berlaku di negeri itu dalam tempoh dua bulan apabila seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan bernyawa selepas dibuang oleh ibunya dari tingkat empat sebuah flat pada 15 Mei lalu.

Berkecai Otak, Bayi Masih Bertali Pusat Dibuang Remaja 18 Tahun Dari Tingkat 13

Sumber : Berita Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini