Bermadu Atau Berpisah? Wanita Lebih Pilih Angkat Kaki Bila Suami Nak Kahwin Dua

Poligami sememangnya perkara yang halal dalam IsIam, namun bukan semua wanita terbuka untuk mengamalkannya kerana tidak sanggup berkongsi kasih suami masing-masing. Akhirnya, mereka lebih rela untuk mengundurkan diri apabila suami menyuarakan hasrat ingin ‘menambah cawangan’ kerana tidak mahu terus makan hati melihat suami bersama isteri muda yang akhirnya bersikap tidak adil. 

BACA: “Selama Ni Ingatkan Dia Mak Mertua Awak, Tak Sangka Rupanya Madu!”

Gambar sekadar hiasan

Berikut adalah peratusan yang diundi netizen di Twitter tentang punca yang menyebabkan suami terdorong nak berkahwin lagi.

Godaan & keinginan s*ksual paling tinggi

Mana lagi teruk? Poligami atau bercer4i? 

Ramai perempuan pilih untuk berpisah dan mereka tak sanggup berkongsi suami, yang mana saya faham sebab perempuan takde pilihan lain

Gambar sekadar hiasan

Mudah untuk lelaki nak berkahwin lagi satu tapi pernah tak mereka terfikir mengapa wanita lebih rela dilepaskan daripada hidup bermadu? 

Daripada perbincangan ramai wanita di Twitter, boleh disimpulkan mereka lebih rela berpisah kerana tidak sanggup makan hati & s4kit hati melihat ketidakadilan suami setelah beristeri dua. 

Gambar sekadar hiasan

Berpisah.. poligami tu manis kat laki je

Wanita boleh setia dengan 1 lelaki kenapa lelaki pulak tak boleh?

Aku pilih undur diri dan besarkan anak aku sorang2

Daripada aku s4kit hati sampai rasa nak bagi laki aku nasi kangkang, baik aku angkat kaki

Gambar sekadar hiasan

Berpisah.. Kalau stay pun akan bergaduh tiap hari. Penat

Hakikatnya, ramai para isteri memilih untuk berpisah kerana tidak mahu meneruskan hubungan dalam hati yang tidak ikhlas dengan suami. Perkahwinan sepatutnya menjanjikan kebahagiaan dan peluang untuk isteri mengumpul pahala, namun akhirnya dosa yang lebih banyak dikumpul kerana mereka tidak redha bersama dengan suami yang turut memiliki wanita lain di hatinya. 

Gambar sekadar hiasan

Ketidakmampuan poligami hanya akan mendatangkan penganiayaan pada isteri dan anak2

Sumber: Twitter twt_cinta, Mingguan Wanita

Apa Komen Anda?