Viral

Bermula Dari Satu Nyanyian, Lelaki Berjaya Tawan Budak Siap Dijadikan Kawan

Bermula Dari Satu Nyanyian, Lelaki Berjaya Tawan Budak Siap Dijadikan Kawan

Sharing is caring!

Sebelum ini, satu video dimuat naik oleh seorang lelaki pernah viral apabila sekumpulan kanak-kanak di kawasan kediamannya terpikat dengan nyanyian yang dialunkan.  Hari demi hari, mereka sentiasa meminta lelaki tersebut untuk mendendangkan lagu dan akan turut memuji nyanyian itu. Bagaimanapun, pengendali akaun Twitter yang dikenali sebagai Syah kembali tular apabila dia meluahkan rasa sedih kerana terpaksa berpindah dari kejiranan tersebut. 

BACA: Dulu Berangan Lihat Budak Comel, Tak Sangka Dapat Sebijik 5 Tahun Akan Datang

Rajin melayan sampai melekat

Video terbaru yang dikongsi memperlihatkan kanak-kanak berkenaan memanggil lelaki tersebut untuk turun bermain bersama-sama mereka. Memikirkan diri yang baru pulang dari kelas, Syah memberi alasan malas untuk turun. Walau bagaimanapun, mereka tetap berusaha memanggil lelaki berkenaan melalui tingkap untuk memujuknya. 


 

Akan berpindah tak lama lagi

Jelasnya, dia akan berpindah dari kediaman berkenaan tidak lama lagi memandangkan pengajiannya sudah hampir sampai ke penghujung. Kanak-kanak berkenaan juga meluahkan rasa sedih apabila dia memberi gambaran akan berpindah dari tempat tersebut. Hubungannya dan anak-anak kecil itu sudah menjadi seperti sahabat baik dia sering diajak berhibur bersama sejurus pulang dari kelas.

Bermula Dari Satu Nyanyian, Lelaki Berjaya Tawan Budak Siap Dijadikan Kawan

Kalau aku dengar pun, tak sanggup nak hampakan


Video yang telah dikongsikan itu telah mendapat 100,000 jumlah tontonan beserta 3,500 retweets. Netizen turut terhibur melihat telatah kumpulan kanak-kanak berkenaan selain memuji sikap penyayang yang ada pada jejaka itu selepas melayan kerenah mereka. 

Bermula Dari Satu Nyanyian, Lelaki Berjaya Tawan Budak Siap Dijadikan Kawan Bermula Dari Satu Nyanyian, Lelaki Berjaya Tawan Budak Siap Dijadikan Kawan Bermula Dari Satu Nyanyian, Lelaki Berjaya Tawan Budak Siap Dijadikan Kawan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!