Viral Keibubapaan

Bermula Sejak Lahir, Gadis Dedah Cara Bonding Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Bermula Sejak Lahir, Gadis Dedah Cara Bonding Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Sharing is caring!

Sejak lahir lagi, bayi perlu mendapatkan kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada kedua-dua orang tuanya. Selain boleh membesar dengan emosi yang lebih tenang serta sihat, bonding dengan ibu bapa juga boleh meransang pemikiran dan suasana yang lebih positif buat anak-anak. Mungkin sebab itulah angkasawan pertama negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor lakukan perkara sama dengan kesemua cahaya matanya.

BACA: [VIDEO] Benarkan Cikgu Cubit Anaknya, Netizen Puji Tindakan Dr Sheikh Muszaphar


Cipta bonding dengan cara mandikan, tukar lampin dan mendodoikan anak

Pengguna Twitter bernama Fatin Ameera akui berasa kagum kerana Datuk Dr. Sheikh Muszaphar akan berusaha serta berasa risau jika tidak dapat membuat bonding sejak anak-anaknya lahir lagi. Memandangkan isterinya mencipta bonding dengan menyusu badan,pakar perubatan ini akan mengambil tugasan lain seperti memandikan, menukar lampin dan pelbagai lagi.

Bermula Sejak Lahir, Gadis Dedah Cara Bonding Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Bermula Sejak Lahir, Gadis Dedah Cara Bonding Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Selalu tengok anak bergantung banyak terhadap ibu… tapi isteri Datuk Dr. Sheikh tak perlu risau pun

Selain itu, Fatin juga mendakwa sering melihat masalah kebergantungan lebih terhadap seorang ibu di sekelilingnya dan perkara berkenaan bagaikan sesuatu yang biasa dalam masyarakat. Tetapi dengan usaha untuk mencipta bonding dengan anak-anak, isteri kepada angkasawan negara ini iaitu Datin Dr. Halina Mohd Yusof dikatakan tidak mempunyai masalah sama kerana suami akan membantu menguruskan anak-anak dan membiarkannya berehat.


Bermula Sejak Lahir, Gadis Dedah Cara Bonding Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Contohilah sifat kebapaan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Selain itu, gadis ini sempat menitipkan harapan supaya bakal suaminya nanti boleh mencontohi sifat-sifat kebapaan figura kebanggaan negara berusia 48 tahun berkenaan. Sikap give and take juga penting buat Fatin kerana boleh mewujudkan kerjasama antara suami isteri dalam membesarkan anak-anak.

Bermula Sejak Lahir, Gadis Dedah Cara Bonding Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Bermula Sejak Lahir, Gadis Dedah Cara Bonding Anak Datuk Dr Sheikh Muszaphar

Sumber: Twitter @dekyaa312


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini