Setiap individu pastinya mempunyai impian hidup tidak kira yang berusia mahupun golongan muda. Semuanya mengimpikan untuk melakar kejayaan dengan hasrat bagi mengubah nasib diri dan keluarga. Syukur dan terharu, begitulah luahan rasa seorang anak bernama Syasya Saadon atas kejayaan bapanya yang berjaya melakarkan nama dan secara tidak langsung mampu membanggakan negara di mata dunia.
BACA : Jasa Ibu Bawa Kejayaan, Diam-diam Belikan Hadiah Tidak Mahu Bakat Anak Disiakan
Tahniah daddy, sangat bangga dengan kamu
Menurut Syasya, bapanya yang dikenali sebagai Saadon merupakan seorang artitek dan berjaya mencipta nama dengan menghasilkan sebuah reka bentuk Stadium Sultan Ibrahim yang terletak di Iskandar Puteri, Johor bertaraf antarabangsa. Dia juga percaya bahawa bapanya menjadi sumber inspirasi ramai setelah berjaya mencipta satu lagi sejarah buat skuad Harimau Selatan iaitu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ditubuhkan sejak 2013 lalu.
Stadium Sultan Ibrahim bernilai RM200 juta
Memetik laporan Berita Harian, reka bentuk stadium tersebut diilhamkan daripada bentuk daun pisang selain mampu memuatkan hingga 40,000 penonton yang dibina di atas tanah berkeluasan 28 hektar. Malah pemilik JDT, Tunku Ismail Sultam Ibrahim merupakan orang kuat disebalik pembinaan stadium yang bernilai RM 200 juta sejak Januari 2016 itu. Tidak hanya itu, stadium ini juga dianggap antara stadium tercanggih di rantau Asia Tenggara.
Tahniah, beliau seorang yang rendah diri
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bangga dan tidak kurang juga ada antara mereka mengucapkan tahniah atas kejayaan itu. Malah ada juga individu menyifatkan bapanya seorang yang baik dan merendah diri.
Sumber : Twitter SyasyaSaadon, BH Online
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
