Kesihatan

Berpantang Sebab Nak Pasang Badan, Doktor Bimbang Undang Komplikasi Lain Pula

Berpantang Sebab Nak Pasang Badan, Doktor Bimbang Undang Komplikasi Lain Pula

Sharing is caring!

Setiap wanita yang melahirkan anak pasti perlu melalui tempoh berpantang untuk rehat dan sembuh. Namun, para ibu perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa petua atau larangan yang tidak munasabah. Kedengaran tak masuk akal, namun budaya menjalankan pantang secara ekstrem seakan-akan menjadi benda biasa dalam kehidupan sekarang sehingga mengundang bahana lain pula.

BACA: Jumpa Face To Face Lebih Molek, Usah Harapkan Diagnosis Doktor Di Media Sosial


Berpantang jangan sampai jejaskan kesihatan si ibu

Melalui Facebook, Dr. Sakinah Sulong meluahkan rasa kecewa apabila beliau apabila beliau mendapati ada wanita mengamalkan pantang secara melampau kerana bimbang suami mereka berpaling arah kepada perempuan lain. Menurutnya, cukuplah sekadar melakukan yang perlu sahaja seperti mengurut dan makan nasi panas selain mengambil makanan berkhasiat bagi mengelakkan komplikasi postnatal lain.

Berpantang Sebab Nak Pasang Badan, Doktor Bimbang Undang Komplikasi Lain Pula

Berpantang Sebab Nak Pasang Badan, Doktor Bimbang Undang Komplikasi Lain Pula
Gambar Sekadar Hiasan

Lupakan niat nak pasang badan, kesihatan lebih penting

Doktor berpengalaman ini juga menasihatkan agar para ibu yang sedang berpantang untuk tumpukan lebih kepada kesihatan bukannya demi mendapatkan badan cantik. Hal ini kerana tiada gunanya memperoleh bentuk badan idaman tetapi masalah kesihatan pula menyebabkan si ibu merana.


Berpantang Sebab Nak Pasang Badan, Doktor Bimbang Undang Komplikasi Lain Pula

Berpantang Sebab Nak Pasang Badan, Doktor Bimbang Undang Komplikasi Lain Pula
Gambar Sekadar Hiasan

Jangan salahkan wanita sahaja jika ada masalah rumah tangga

Akhir sekali, doktor ini berpesan agar tidak menyalahkan golongan isteri semata-mata jika rumah tangga tersebut menghadapi masalah selepas habis berpantang. Hal ini kerana, punca runtuhnya sesebuah perkahwinan itu ada banyak seperti masalah kewangan, perselisihan faham, campur tangan keluarga dan banyak lagi.

Berpantang Sebab Nak Pasang Badan, Doktor Bimbang Undang Komplikasi Lain Pula

Berpantang Sebab Nak Pasang Badan, Doktor Bimbang Undang Komplikasi Lain Pula

Sumber: FB Dr. Sakinah Sulong


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini