Bersalin Tanpa Suami Di Sisi, Isteri Bani Seventeen Terharu Namun Bahagia..

Seperti yang diketahui ramai, kumpulan nyanyian terkemuka Indonesia iaitu Seventeen telah kehilangan 3 daripada 4 orang ahlinya dalam kejadian bencana alam yang pernah melanda kawasan Anyer, Banten di Indonesia sekitar hujung tahun lalu. Antara yang paling menjadi perhatian adalah kisah Allahyarham Bani Seventeen kerana dia pergi menghadap Illahi di saat isterinya, Cindri Wahyuni sedang berbadan dua pada ketika itu. 

BACA: Belum Setahun Pemergian Isteri, Ifan Seventeen Berkhalwat Dengan Bini Orang?

Difahamkan, Cindri telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pagi Selasa lepas menerusi kaedah Caesarean. Perkara itu disampaikan sendiri menerusi laman Instagram miliknya, di samping menitipkan doa agar puteri keduanya itu bakal menjadi seorang anak yang solehah.

Semoga bertambah sayang, saling melindungi…ikut kata Mami

Meskipun kelibat suaminya sudah tiada lagi dalam bilik persalinan, Cindri tetap bersyukur kerana anak sulungnya Inara setia menemani sepanjang dia berada di pusat rawatan tersebut sehinggalah pada hari kelahiran. Dia turut sempat berkongsi beberapa foto yang memaparkan gelagat kedua-dua anaknya saat mereka pertama kali bertemu.

Berita kelahiran itu tidak putus-putus mendapat banyak ucapan tahniah dan terharu daripada ramai pihak yang gembira kedua-dua mereka selamat. Antara yang tidak ketinggalan pastilah rakan seperjuangan suaminya, iaitu Ifan Seventeen.

Alhamdulillah..hadir kembali Bani Junior

Sumber: IG Cindri Wahyuni

Apa Komen Anda?