Cinta Hiburan Viral

“Bersemut Screen”- Gelagat Suami Bila Isteri Cuba Batalkan Wudhuk Lawak Habis

“Bersemut Screen”- Gelagat Suami Bila Isteri Cuba Batalkan Wudhuk Lawak Habis

Sharing is caring!

Bagaikan sudah menjadi trend buat para suami isteri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk bergurau senda membatalkan wudhuk masing-masing. Selalunya kita melihat si lelaki yang rajin mengusik tetapi terbalik pula buat suami isteri ini.

BACA: Pagi Buta Anak Keluar Rumah, Rupanya Ada Kejutan Yang Menanti Untuk Ibu


Seronok usik suami bila dah halal

Menurut personaliti media sosial popular yang dikenali sebagai Bella Khan, dia berasa seronok kerana akhirnya mereka sudah halal untuk mengusik satu sama lain. Oleh itu, wanita tersebut begitu gembira dapat menganggu suaminya yang ingin menunaikan solat.

“Bersemut Screen”- Gelagat Suami Bila Isteri Cuba Batalkan Wudhuk Lawak Habis

Dah cuba elak tapi isteri ada trick lain

Si suami cuba mengelak dengan menarik lengan baju tetapi wanita itu lebih bijak dengan sengaja mencuba menyentuh bahagian tubuh yang lain. Disebabkan cubaan tersebut dilakukan beberapa kali oleh Bella, lelaki tersebut terpaksa mengugut dengan nada bergurau ingin mengikatnya di luar kerana asyik menganggu dia yang ingin tunaikan solat.


Orang yang single hanya mampu berseloroh sahaja

Di ruangan komen pula, keletah comel itu mendapat perhatian para netizen yang begitu terhibur dan cemburu apabila menonton mereka berdua. Tak kurang juga ada yang mampu berseloroh sahaja kerana mereka tiada suami atau isteri untuk bergurau senda begitu. Perkongsian video ini mendapat lebih 9 ribu retweets dan 21 ribu likes setakat ini.

“Bersemut Screen”- Gelagat Suami Bila Isteri Cuba Batalkan Wudhuk Lawak Habis

“Bersemut Screen”- Gelagat Suami Bila Isteri Cuba Batalkan Wudhuk Lawak Habis

“Bersemut Screen”- Gelagat Suami Bila Isteri Cuba Batalkan Wudhuk Lawak Habis

“Bersemut Screen”- Gelagat Suami Bila Isteri Cuba Batalkan Wudhuk Lawak Habis

Sumber: Twitter @bellakhan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!