Tidak semua daripada kita dilahirkan dalam keadaan sempurna. Adakalanya, kekurangan yang ada pada seseorang itu menyukarkan mereka untuk jalani kehidupan seperti orang lain. Namun, masalah tersebut mungkin dapat diselesaikan jika golongan ini mendapat bantuan serta sokongan daripada orang di sekeliling.
BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini
Pelajar OKU cuba acara lompat tinggi di sekolah
Sama juga situasinya seperti sebuah video tular ini yang mampu memberi inspirasi kepada ramai orang. Berdasarkan perkongsian kentangterox di laman TikTok, ia memaparkan situasi riuh melibatkan beberapa kumpulan murid yang sedang bersukan dalam acara lompat tinggi. Namun, apa yang mencuri tumpuan apabila terlihat seorang remaja OKU sedang berlari untuk mencuba aktiviti berkenaan.
Cikgu sporting bantu hajat pelajar OKU, siap dapat sorakan daripada rakan-rakan
Bagaimanapun, suasana riuh pada awalnya bertukar sebak apabila terdapat seorang guru yang setia menunggu remaja itu. Lebih mengharukan, lelaki tersebut sempat membantunya untuk melepasi sebuah palang sebelum menerima sorokan gemuruh daripada para pelajar. Berkat pertolongan itu juga, siapa sangka ia merupakan hajat yang ingin dicapai oleh murid berkenaan selepas sekian lama mencuba hampir beberapa tahun.
@kentangterox
Terharu tengok ramai yang supportive…terima kasih cikgu sebab buat adik ni rasa tak terasing di sekolah
Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 450 ribu views. Rata-rata netizen pada ruangan komen pula turut berasa tersentuh melihat tindakan guru berkenaan. Malah, ramai juga yang memuji peranan rakan-rakannya kerana tidak jemu memberikan sokongan kepada seorang insan istimewa.
Kredit: TikTok kentangterox
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
