Kehidupan Inspirasi Isu Semasa

Bertalu Mesej Bantuan Masuk, Ebby Yus Titip Pesan Tak Perlu Kutip Dana Buatnya

Bertalu Mesej Bantuan Masuk, Ebby Yus Titip Pesan Tak Perlu Kutip Dana Buatnya

Seorang pelawak bernama Ebby Yus tidak terkecuali ditimpa bencana banjir yang melanda sejak Sabtu lalu. Rupa-rupanya sebelum paras air bertambah teruk, dia sempat menyertai misi mengagihkan bantuan kepada penduduk yang terkesan di Kuala Kapar. Pada ketika itu, sedikit demi sedikit ketinggian bah semakin meningkat tanpa disedari peristiwa sedih bakal terjadi.


BACA: Tak Suka Meminta-Minta Di Media Sosial, Ebby Yus Ikut Saranan Kerajaan

Bertalu Mesej Bantuan Masuk, Ebby Yus Titip Pesan Tak Perlu Kutip Dana Buatnya

Bertalu Mesej Bantuan Masuk, Ebby Yus Titip Pesan Tak Perlu Kutip Dana Buatnya

Saya manalah ada duit banyak…Saya kena tawakal, kalau ada rezeki saya akan buat di sini juga (Minit 8.21)

Pelakon berkenaan menyatakan kepada Berita Harian Online bahawa walaupun mahligai idamannya rosak ‘disapu’ banjir, dia tetap akan membina rumah di kawasan sama sekiranya ada rezeki tanpa mengharapk. Bersyukur kerana dapat membeli tanah di sana, tempat tinggal yang akan dibina selepas ini akan ditambah baik strukturnya sesuai dengan lokasi kawasan itu.


Bertalu Mesej Bantuan Masuk, Ebby Yus Titip Pesan Tak Perlu Kutip Dana Buatnya

Whatsapp saya asyik berbunyi je…Kawan-kawan ramai nak bantu (Minit 8.36)

Sentiasa kekal tenang dengan ujian yang menimpanya, Ebby Yus percaya bahawa setiap harta dimilikinya sebenarnya kepunyaan Allah. Lelaki ini juga sebenarnya menerima banyak tawaran dari orang sekeliling ingin menghulurkan bantuan namun, dia enggan menerima kerana merasakan keperluan asasnya sudah pun mencukupi.


Bertalu Mesej Bantuan Masuk, Ebby Yus Titip Pesan Tak Perlu Kutip Dana Buatnya

Bertalu Mesej Bantuan Masuk, Ebby Yus Titip Pesan Tak Perlu Kutip Dana Buatnya

Pertama sekali memanglah kerana sungai, airnya jernih…Dekat dengan kampung saya kalau saya ikut belakang (Minit ke 6.37)

Diajukan soalan mengenai keputusan membina rumah di kawasan tebing sungai, Ebby Yus menyatakan bahawa dia sukakan keindahan air sungai tersebut. Bukan sahaja keadaannya yang jenih dan nampak tenang, lokasi kampung tersebut juga amat dekat dengan rumah ibunya.

Kredit: YouTube Berita Harian Online

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bertalu Mesej Bantuan Masuk, Ebby Yus Titip Pesan Tak Perlu Kutip Dana Buatnya

Facebook

Telegram