Viral Family Isu Semasa

Bertekak Tak Puas Hati Atas Jalan, Sanggup Tolak Motor Depan Anak Bini Orang

Bertekak Tak Puas Hati Atas Jalan, Sanggup Tolak Motor Depan Anak Bini Orang

Sharing is caring!

Sebagai pengguna jalan raya, kita hendaklah lebih berwaspada terutamanya ketika waktu-waktu kemuncak. Hal ini kerana, ramai pihak berada dalam keadaan rushing untuk pulang ke rumah atau pergi ke tempat kerja. Jika tidak berhati-hati, dikhuatiri berlaku pula perkara tidak diingini seperti yang terjadi di ibu negara pagi tadi.

BACA: [VIDEO] “Benda Tu Ikut Baca Sekali?”- Netizen Terkejut Muncul Suara Misteri


Sanggup pusing balik untuk bertekak dengan orang tu

Melalui pengguna akaun Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap, video kejadian yang berlaku kira-kira 7:45 pagi hari ini merakamkan dua penunggang motosikal bertelagah di atas jalan raya. Kejadian berkenaan berlaku apabila mereka berdua hampir bertembung antara satu sama lain di sebuah simpang tiga. Melalui rakaman berkenaan, situasi menjadi lebih tegang apabila lelaki berbaju biru berkenaan sanggup berpusing balik untuk bersemuka dengan penunggang yang membawa isteri dan anak itu.

Bertekak Tak Puas Hati Atas Jalan, Sanggup Tolak Motor Depan Anak Bini Orang

Bertekak Tak Puas Hati Atas Jalan, Sanggup Tolak Motor Depan Anak Bini Orang

Bertekak Tak Puas Hati Atas Jalan, Sanggup Tolak Motor Depan Anak Bini Orang

Bertindak agresif dan menolak motosikal sampai anak bini orang terjatuh

Mungkin kerana hilang sabar, si baju biru mula bertindak agresif dengan menumbuk individu berkenaan. Tidak cukup dengan itu, dia menolak pula motosikal yang sedang ditunggang oleh wanita dan anak kecil terbabit sehingga menyebabkan kedua-duanya terjatuh atas jalan. Terdapat kenderaan mula membunyikan hon kerana situasi berkenaan dan lelaki baju biru terbabit beredar dari tempat kejadian meskipun dia kelihatan masih tidak berpuas hati.


Sumber: Twitter Mohd Redzuan Abdul Manap


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!